Sebenarnya banyak view menarik di Thailand dan kalau anda jenis suka hiking boleh plan ke negara jiran ini pula.
Selain daripada mempunyai pelbagai makanan unik, negara Thailand juga menjadi tumpuan pelancong disebabkan banyak lokasi bersejarah dan seni bina bangunan mengagumkan.
Namun, untuk anda yang dah biasa datang ke Thailand dan tak tahu nak pergi ke mana, jom kami kongsi 3 tempat menarik yang mempunyai pemandangan lawa!
1. Kew Mae Pan
Siapa suka tengok view daripada puncak, siap nampak awan berkepuk-kepuk, kena datang ke Kew Mae Pan yang terletak di Taman Negara Doi Inthanon, terletak kira-kira 2 jam daripada barat daya Chiang Mai.
Destinasi ini sangat popular di Thailand tau disebabkan ia mempunyai salah satu laluan alam semula jadi yang sangat cantik dan laluan tersebut terletak di puncak Doi Inthanon, titik paling tinggi di Thailand.
Jadi, kalau nak tengok pemandangan yang menakjubkan, perlu mengikut laluan pendek merentasi hutan hujan untuk ke puncak.
Menariknya, dari puncak tersebut juga dapat melihat keindahan Royal Twin Pagoda yang terkenal di Thailand!
Paling penting, anda tak perlu risau tentang kesukaran trek pendakian sebab trek laluan ke puncak sangat mudah untuk diikuti. Macam ni barulah seronok!
2. Gunung Phu Thap Boek
Satu lagi lokasi yang mempunyai pemandangan menakjubkan serta trek pendakian mudah adalah di Gunung Phu Thap Boek, terletak di Wilayah Phetchabun.
Menariknya, gunung yang juga mudah didaki menggunakan pacuan 4 roda ini cukup terkenal dengan pemandangan sangat lawa terutama pada awal pagi ketika awan masih banyak, serta ketika musim hujan, membuatkan kabus menyelubungi kawasan tersebut.
Nak tahu apa yang lagi best? Dekat sini ada tapak perkhemahan serta penginapan. Jadi, kalau suka tengok keindahan bintang-bintang atau nak bangun awal untuk lihat sunrise, memang kena datang ke Gunung Phu Thap Boek.
3. Phu Chi Fa
Nak melihat pemandangan lawa dan pada masa sama tak nak mendaki gunung tinggi, Phu Chi Fa adalah destinasi paling tepat!
Gunung yang terletak kira-kira dua jam pemanduan ke utara Chiang Rai ini mempunyai perkampungan hilltribe yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran dan tempat berehat. Jadi, lepas long drive, boleh lah berehat dulu sebelum mendaki.
Perjalanan untuk ke gunung tersebut daripada perkampungan hilltirbe itu pun hanya 750 meter saja.
Gunung Phu Chi Fa ini menjadi tumpuan popular dalam kalangan orang tempatan sendiri sebab memberikan pemandangan gunung yang sangat lawa terutama pada waktu pagi ketika kabus menyelubungi kawasan pergunungan.
Jika suka dengan kehijauan alam, Gunung Phu Chi Fa memang destinasi pendakian yang tepat sebab mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna tempatan lawa, paling best terdapat juga sungai lembangan, Sungai Mekong!
Lepas ni, kalau nak melancong ke Thailand, pastikan 3 destinasi ini ada dalam bucket list. Sekali sekala untuk tenangkan fikiran, apa salahnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.