“Masyaallah.. Nampak Muda Seakan Sebaya Dengan..” – Netizen Terpana Lihat Anugerah Allah Buat Siti Nurhaliza!

Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.

Terdahulu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.

Kejelitaan Dan Keayuan Wajah Tokti Terserlah Di Usia 45 Tahun!

Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah penampilan Tokti, di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 45 tahun itu.

Malah, raut wajah yang kelihatan awet muda dan persis sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.

Artikel berkaitan: “Dia Dah Siap Bertelekung Sebab Tunggu Waktu Solat” Pereka Fesyen EZUWAN ISMAIL Kongsi Momen…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Wajah ‘Awet Muda’ Siti Nurhaliza Tuai Pujian Warganet

Team HIJABISTA, sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu bersetuju bahawa penyanyi kesayangan mereka ini tak lapuk dek usia.

Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia.

Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokti serta kedua-dua menantu tirinya.

Untuk rekod, Datuk Seri Siti Nurhaliza melangsungkan perkahwinan bersama ushaawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006, di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Artikel berkaitan: Raih Lebih 300 Anugerah! Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam Anugerah Berprestij, Atasi Penyanyi Antarabangsa

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber Foto: Instagram CTDK


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply