Lakukan Perkara Ini Jika Ular Masuk Rumah, JANGAN Buat 3 Benda Ini!

Apabila berhadapan dengan situasi di mana ular masuk ke dalam rumah, penting untuk bertindak dengan tenang dan berhati-hati. Ular boleh menjadi berbahaya dan beracun, jadi langkah-langkah yang betul perlu diambil untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Kalau ular masuk rumah JANGAN buat perkara ini

Tapi sekiranya tetap berlaku kejadian rumah dimasuki ular, sebaiknya kita ikut saranan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat tentang cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa.

Jika ular masuk kediaman JANGAN :

  • Cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.
  • Cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.
  • Cuba menghalau menggunakan peralatan.

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Hubungi 999 demi mendapatkan bantuan .

2. Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.

3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.

4. Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.

5. Kurangkan bergerak di hadapan ular.

6. Kenal pasti jenis ular, panjang, warna serta corak dibadanya.

7. Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.

Supaya haiwan ini tidak masuk di rumah atau berlindung di kawasan kediaman kita ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan;

1. Bersihkan longgokan sampah
Elak kawasan rumah sama ada dalam atau luar rumah ada longgokan sampah, barang-barang terbuang, daun kering dan sebagainya. Lokasi ini berpotensi jadi tempat perlindungan ular. Tempat sejuk dan kering begini memang jadi kesukaan haiwan ini.

2. Pangkas tanaman yang merimbun
Tanaman merimbun seperti pandan berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa kita sedari. Jika ada tanaman begini, kemaskan jangan biar merimbun. Tebas juga semak samun yang ada sekitar rumah.

3. Tutup lubang yang ada di rumah


Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuannya untuk menghalang ular dari masuk rumah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.

4. Pastikan rumah sentiasa harum
Sifat ular tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria baunya. Bila deria bau ular tercemar, ia akan sukar untuk mengesan keadaan persekitarannya .

5. Bersih dari tikus dan katak
Ular bukanlah binatang yang bersarang. Ia akan beralih mencari tempat yang ada sumber makanannya, jadi pastikan kediaman anda tiada ada stok makanan ular seperti tikus dan katak. Lagi banyak tikus dan katak di kediaman, lebih lama ulara akan berada di situ. Bila sumber makanan dah habis, baru ular berpindah ke tempat lain.

6. Pelihara kucing
Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.

7. Gertak ular
Ular akan terasa terancam apabila ia diganggu. Bila terlalu kerap ancaman, ia akan tidak berasa selesa dan akan segera kaluar dari kawasan rumah. Gunakan alat seperti mesin rumput, blower dan sebagainya di kawasan yang anda rasa berpotensi menjadi kawasan perlindunggan dan sarang ular. Itu antara kaedah untuk gertak ular yang mudah untuk anda cuba.

8. Tabur sulfur/ belerang
Ada orang kata petua ini hanya mitos namun ada juga yang kata berkesan. Tabur saja keliling kediaman dengan serbuk belerang ini. Ia boleh dibeli di kedai hardware tapi ketika menabur pakai sarung tangan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.

IMPIANA :  Menghadapi ular di dalam rumah boleh menjadi pengalaman yang menakutkan, tetapi dengan mengikuti langkah-langkah yang betul dan mengelakkan tindakan yang berisiko, anda boleh menguruskan situasi dengan lebih baik dan memastikan keselamatan semua orang di dalam rumah.

Artikel Menarik: Pros & Cons Guna MESIN BASUH Jenis Front Loader
Baca Lagi Disini:Cara Paling Berkesan Untuk Cuci Mesin Basuh, Modal Tak Sampai RM5.00 Pun!
Mesti Baca: Air Mesin Basuh Masuk Perlahan, Baiki Sendiri Modal Tak Sampai RM30

Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply