Guna Bunjut Rempah, Cara Berkesan Elak Lipas ‘Berkampung’ Dalam Kabinet Dapur

Guna Bunjut Rempah, Cara Berkesan Elak Lipas ‘Berkampung’ Dalam Kabinet Dapur. Lipas antara serangga yang cukup ‘dibenci’ buat setiap pemilik kediaman kerana ia kotor, meninggalkan najis merata-rata malah berbau busuk.

Jika dah cuba pelbagai cara namun tak berjaya untuk halau lipas ini, boleh cuba petua mudah dan berkesan ini untuk hapuskan semua lipas yang berkampung di dalam kabinet dapur. Hanya menggunakan bunjut rempah sahaja. Katanya memang menjadi dan ‘lari’ semua lipas yang ada!

Perkongsian daripada Ummi Akid ini boleh dijadikan rujukan;

Beberapa bulan lalu kita buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan kita nak kongsi idea kot boleh bantu atasi masalah “cikpas”.

Saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak diziarahi cikpas lagi. Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu so tak mendatang dah kini.

So far hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangannya pun tiada. Bubuh 4 sekawan dalam mesh net beg tapi kena buh 3-4 beg la dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.

Cara Membuat:

  1. Letak empat sekawan dalam mesh net (lebihkan cengkih dan buah pelaga).
  2. Ikat di tombol pintu kabinet atau campakkan sahaja di dalam kawasan kabinet.


Cuba la, mana lah tahu berhasil juga. Berjaya untuk saya tidak semestinya untuk korang. Apa-apa pun usaha itu tangga kejayaan.

TAPI sebelum letak tu…bersihkan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer. Sembang-sembang dengan cikpas suruh dia jangan datang lagi…jangan marah-marah.

Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.

Mesti Baca:Dapur ‘Berkerak’ Jadi Bersih Berkilat, Sental Guna Baking Powder & Lemon!
Baca Lagi Di Sini: Cara Hilangkan Tompokan ‘Peta’ & Bau Busuk, BANTAL Bersih Macam Baru!
Artikel Menarik:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!

IMPIANA: Jika ada masalah lipas pada kabinet mahupun rak laci dapur tu, boleh cuba petua berkesan yang dikongsikan ini. Memang dapat menghalau lipas daripada terus ‘berkampung’ dalam kabinet.

Sumber:Organized by Ummi Akid

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply