3 Peringkat Dalam Hubungan Sebelum Kahwin, Dah Lepas Barulah Akan Rasa Nikmatnya

Sebelum nak merasa bahagia dalam perkahwinan, pasti akan lalui tiga peringkat ini. Ada manis pahit, itu pelengkap rasa dalam hubungan.

1. Peringkat pertama

Semuanya indah belaka; kata-kata manis, tiada pertelingkahan dan semuanya berjalan mulus. Pasangan masih segan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar – kelemahan, kekurangan, bad habits, dan sebagainya. Banyak yang disembunyikan untuk pikat hati pasangan supaya tetap kekal bersamanya.

 

2. Peringkat kedua

Apabila kita mulai mengenali true colour pasangan; kelemahannya, kekurangannya, pertelingkahan berterusan mulai terjadi (peringkat ini adalah yang paling sukar kerana keduanya atau salah-satunya degil tidak mahu menyelesaikan masalah yang ada dan oleh sebab itu keduanya mulai berputus asa – di peringkat ini pasangan mulai merasa bosan dengan pasangan, lebih tertumpu kepada kelemahan pasangan dan mencari kegembiraan di luar – tidak setia, berpisah). Peringkat ini boleh berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun; bergantung kepada secepat mana keduanya benar-benar serius melakukan perubahan.

3. Dan akhirnya

Peringkat ketiga adalah yang paling indah; apabila pasangan jatuh cinta kembali dan kita melihat kekurangan pasangan kita dengan kasih, kita sudah tahu dan mahir menyelesaikan masalah yang ada tanpa perlu menjerit dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan, willing untuk ketepikan ego masing-masing, bila kita mulai belajar untuk benar-benar mencintai dengan ketulusan & keikhlasan.

Di peringkat mana hubungan anda sekarang?

Ramai pasangan mulai berputus asa pada peringkat 2. Itu sebabnya bila pasangan memasuki peringkat 2, pasangan akan mulai tertarik kepada pasangan baru kerana merasakan pasangan baru membawanya semula masuk ke dalam peringkat 1 – tanpa menyedari bahawa lama-kelamaan hubungan baru itu juga akan masuk ke peringkat 2 (living in denial).

Percayalah, apabila anda sudah berjaya melepasi peringkat 2 dan masuk ke peringkat 3, anda dan pasangan seolah-olah masuk semula ke peringkat 1 tetapi bezanya; hubungan itu semakin matang dan lebih indah.

Apapun ranjau dalam rumah tangga – kuatkan hati dan teguhkan iman untuk lawan apapun cabaran atau godaan yang datang. Jika anda pernah jatuh, bangkit semula dan become stronger than before. Selagi kedua pasangan punya usaha, kesungguhan dan tindakan untuk mempertahankan perkahwinan, pasti akan berjaya masuk ke peringkat 3. Something very beautiful waiting for you at stage 3. Sesuatu yang amat indah menanti anda di sana.

Bagi kalian yang sudah berjaya masuk ke peringkat 3, tahniah! You’ve made it. Pastinya perjalanan itu bukan mudah. Be proud of yourself dan pastikan anda dan pasangan bersama selamanya hingga maut memisahkan.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply