Personaliti media sosial, Sofyank merancang untuk membuka syarikat produksi sendiri yang menumpukan sepenuhnya kepada teknik kesan visual khas (VFX).
Berkata kepada Remaja, ketika ini dia sedang mencari individu yang mempunyai kemahiran yang sama di dalam bidang kesan khas visual.
“Buat masa sekarang ini saya sedang mencari individu yang boleh buat apa yang saya buat, maksudnya di dalam bidang VFX ini. Saya juga sudah menghubungi beberapa orang,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Genggam PhD Pada Usia 82 Tahun -“Sebab Kehendak Nak Belajar Itu Tak Terbatas”
Dalam pada itu, bapa kepada seorang cahaya mata itu itu memaklumkan untuk membuka syarikat produksi ianya akan menelan kos yang tinggi. Justeru, ketika ini dia masih di dalam fasa untuk mengukuhkan kewangan.
“Apabila sudah tiba masa dan mempunyai bajet yang mencukupi saya akan buka syarikat produksi. Saya akan perlahan-lahan buka syarikat tersebut tapi saya tak akan buka syarikat yang besar.
“Mungkin akan mulakan dengan konten yang lebih berkualiti daripada yang sebelum ini. Kemudian hasilkan filem pendek dan barulah ke produksi yang lebih besar,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenal Di Sekolah Menengah, Sofyank Selamat Bernikah Selepas 7 Tahun Menyulam Kasih
Bapa kepada seorang cahaya mata itu turut memberitahu bahawa dia ada menghubungi beberapa orang individu untuk membincangkan tentang hasratnya selain dia juga terbuka untuk menerima sebarang tajaan bagi menghasilkan karyanya.
Namun, dia akan menilai terlebih dahulu mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
“Untuk menghasilkan filem yang besar, kami terbuka untuk menerima penaja kerana ia akan menggunakan kos yang tinggi,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Sofyank tercalon dalam kategori Creator of the Year di TikTok Awards 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Sofyank
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.