Anak Arwah Jay Jay Akan Sentiasa Ingat “Bapa Minta Saya Jalankan Tanggungjawab Menjaga Emak”

Anak Arwah Jay Jay Akan Sentiasa Ingat “Bapa Minta Saya Jalankan Tanggungjawab Menjaga Emak”.  Pemergian bapa tercinta menyahut panggilan Ilahi merupakan perkara yang amat sedih dalam hidup. Begitulah yang dialami oleh ahli keluarga Allahyarham Jay Jay.

Seperti yang dilaporkan penyanyi evergreen, Allahyarham Jay Jay telah meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.

Menurut isterinya,  Zaitoon arwah Jay Jay mengalami kegagalan organ dalaman selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Allahyarham telah dikebumikan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor tengahari tadi.

Anak Sentiasa Jay Jay Akan Sentiasa Ingat   

Menurut laporan portal Berita Harian, anak bongsu arwah Jay Jay, Nur Camelia Mohd Fauzi walaupun sempat berada pada saat akhir bapanya namun tiada pesanan yang ditinggalkan. Cuma Nur Camelia sentiasa ingat pesanan arwah agar menjaga ibu.

“Alhamdulillah, saya sempat berada di sisi arwah pada saat akhirnya.

“Tiada apa-apa pesanan, tetapi arwah minta saya menjalankan tanggungjawab menjaga emak,” kongsi Nur Camelia.

Baca disini : Perginya Raja Gelek, Cucu Sulung Menangis Sebab Arwah Ada Sebut ‘Atuk Nak Pergi Dah’

Bapa Contoh

Menyentuh mengenai personaliti arwah bapanya, Nur Camelia memberitahu arwah Jay Jay merupakan seorang bapa contoh dan insan seni sejati.

“Sebagai bapa, arwah sangat sayangkan keluarga dan cucu. Beliau tak pernah ambil tahu hal orang lain dan sememangnya, bapa yang baik.

“Pada usia begini, kalau ada show raya arwah masih nak buat persembahan.

“Malah, dalam keadaan kesihatan kurang mengizinkan kerana masalah jantung, arwah masih nak ambil tawaran menyanyi,” cerita Nur Camelia.

Sumber : Berita Harian

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

Comments

Leave a Reply