Cita-cita asalnya untuk bergelar arkitek memandangkan dirinya adalah graduan bagi jurusan tersebut dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Namun, segalanya berubah apabila rezeki wanita ini sudah tertulis dalam bidang fesyen. Fuzana Mokhtaza kini antara pereka busana pengantin tersohor tanahair.
Kredit Foto: nanamokhtaza
Fuzana memulakan langkahnya sebagai pereka fesyen sekitar tahun 2011. Pakaian ready-to-wear menjadi ‘buah tangan’ pertamanya dalam bidang fesyen.
Langkahnya semakin serius apabila mula menghasilkan busana pengantin apatah lagi sering menjadi pilihan bakal-bakal mempelai.
View this post on Instagram
“Sebenarnya, sejak zaman belajar lagi saya sudah mula menerima banyak tempahan pakaian daripada rakan-rakan termasuklah pelajar-pelajar dari fakulti lain. Ketika itu saya tiada staf, semuanya saya buat sendiri.”
Menurut Fuzana, jumlah pelanggan kian bertambah selepas dia membuka akaun Facebook khusus untuk bisnesnya itu.
Kredit Foto: fuzanamokhtaza
Fuzana mula menimba ilmu rekaan dan jahitan sejak di bangku sekolah lagi. Fuzana menyertai kelas jahitan ketika berada di tingkatan empat.
Selain itu, Fuzana juga pernah menuntut ilmu di IFTC dan menghadiri kursus di London dalam bidang couture beading, pattern making dan lain-lain lagi.
TERIMA JEMPUTAN DARIPADA QATAR
Fuzana menganggap jemputan yang pernah diterimanya daripada kerajaan Qatar bagi mewakili Malaysia adalah satu kenangan terindah dalam hidupnya.
Fuzana merasa sangat terharu kerana dapat berkongsi pentas bersama para pereka antarabangsa terkenal seperti dari Lebanon, Mexico dan Sepanyol.
Kredit Foto: nanamokhtaza
“Jika pengalaman yang kurang seronok pula, apabila bahan material yang digunakan tidak cukup. Ia menjadi cabaran buat saya kerana ada material yang sukar didapati di negara kita.
“Tapi saya anggap itu perkara biasa kerana tiada pekerjaan yang tiada tekanan,” ujar Fuzana yang mengagumi pereka fesyen seperti Zac Posen, Rizalman dan Monique Lhuilier.
Bercakap tentang harapannya dalam dunia fesyen, Fuzana mengharapkan kerjayanya kekal relevan. Dia mengharapkan jenama Fuzana Mokhtaza terus bertahan dalam industri fesyen tidak kiralah 20 mahupun 30 tahun akan datang.
KOLABORASI MOCCONA X FUZANA MOKHTAZA
Baru-baru ini, jenama kopi MOCCONA bekerjasama dengan Fuzana Mokhtaza ketika Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW24).
Kredit Foto: mocconamalaysia
Kerjasama ini membuktikan dedikasi kedua-duanya terhadap acara berprestij itu.
View this post on Instagram
Untuk info, Fuzana Mokhtaza terkenal dengan rekaan busana pengantin berkonsepkan gaya romantik dan feminin.
Ia turut mengutamakan elemen keanggunan dan elegan dengan menggabungkan unsur tradisional serta estetika moden.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.