Lesen Kelas B – Program Peralihan Khas & Syarat Layak Penukaran

Syarat Layak Lesen B

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 yang telah memegang lesen selama 10 tahun atau lebih akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa pemohon perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Antaranya, mereka perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM). Kos yuran untuk program ini adalah sebanyak RM160, berbanding RM900 sebelum ini.

Pemohon juga perlu menjalani program amali penunggangan. Ia merangkumi informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar, dengan tempoh dua jam sahaja. 

Menurut Anthony,

“Melalui program amali ini, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar daripada ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.

Pengesahan ini penting untuk memastikan tahap kompetensi dan keupayaan pemohon dalam mengendalikan motosikal berkuasa besar. Demi meningkatkan tahap keselamatan pemanduan,” kata Anthony Loke.

Selain itu, Loke menjelaskan bahawa syarat program menetapkan pemohon perlu memiliki LLM kelas B1 atau B2 secara aktif dan berterusan selama minimum 10 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan tahap kompetensi serta pengalaman pemanduan motosikal individu sebelum mereka beralih kepada motosikal berkuasa besar.

Litar Institut Memandu - Kredit Internet
Litar Institut Memandu – Kredit Internet

Syarat Lain

Syarat lain yang perlu dipenuhi oleh pemohon termasuk bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat, atau apa-apa perkara yang belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). 

Pemohon juga perlu membuat pengesahan bahawa mereka sihat dari segi tubuh badan, fizikal, dan minda melalui deklarasi kendiri.

Ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam fasa akhir persiapan untuk memperkenalkan program peralihan ini. Termasuk melaksanakan semua perubahan sistem dan penyelarasan dengan pihak IM. 

Program peralihan ini tidak mempunyai tempoh tamat dan akan diteruskan sehingga suatu masa yang akan ditentukan dan dimaklumkan kemudian.

Penggabungan Lesen B1/B

“Sebelum ini, kos untuk mendapatkan LLM kelas B adalah RM900 dan pemohon perlu menjalani kelas teori selama dua jam serta latihan litar selama 9.5 jam. Ketika ini, terdapat lebih daripada 10 juta pemegang LLM kelas B2,” kata Anthony Loke.

Beliau turut menyatakan bahawa kementerian telah memutuskan untuk menggabungkan LLM kelas B1 dengan kelas B. Ini kerana permintaan untuk mendapatkan LLM kelas B1 adalah terlalu rendah setiap tahun. Ini kerana kebanyakan orang lebih cenderung memilih untuk mendapatkan kelas B sahaja. Mulai 1 Oktober ini, tiada lagi program untuk mendapatkan LLM kelas B1 di IM yang akan dibuka kepada orang ramai.

“Dengan mendapatkan LLM motosikal kelas B, individu layak memandu semua jenis motosikal tanpa had kuasa (cc). Tidak seperti kelas B1 yang hanya terhad kepada motosikal berkuasa 499cc ke bawah. Bagi pemegang lesen B1, mereka akan kekal di kategori berkenaan atau boleh menjalani program khas untuk mendapatkan kelas B,” kata beliau.

Dari Careta

Baca Cara Naik Taraf Lesen B Full

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply