Pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di pada jam 12.57 tengah, Jumaat lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suami tercintanya sendiri menerusi hantaran di Instagram Story. Menurut Zaquan, mereka menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024. Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” katanya.
BACA: Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan! MK K-Clique Kini Bergelar Bapa!
Dalam pada itu, Zaquan memaklumkan isteri dan bayinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di hospital.
“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okey. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.
“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel dan anak keenam yang berusia setahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.