Selepas berhenti melibatkan diri daripada program realiti terkenal Running Man pada tahun 2021, Lee Kwangsoo semakin dilihat fokus untuk beberapa projek lakonan.
Terbaru, menerusi satu temu bual khas, susulan tayangan drama Korea terbaru No Way Out: The Roulette, pelakon senior Yoo Jae Myung telah berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Kwang Soo menerusi drama tersebut.
Katanya, “Kwang Soo adalah seorang lelaki muda luar biasa. Dia buat segalanya dengan ikhlas. Sejujurnya, saya kurang tahu tentang dia sebelum ini dan saya hampir tidak pernah tonton Running Man sebab saya hanya tonton sekilas saja, jadi tak perasan ada Kwang Soo dalam tu”.
BACA: “Saya Minta Maaf..” Surat Perpisahan Lee Kwang Soo Jadikan Warganet SEBAK
“Selepas bekerja dengannya menerusi drama No Way Out: The Roulette. Saya sedar Kwang Soo adalah seorang pelakon yang luar biasa. Ia lebih bagus kalau dia kurang muncul dalam rancangan hiburan dan fokus kepada lakonan. Saya harap drama ini akan jadi projek yang kukuhkan lagi kedudukannya sebagai pelakon”
Menurut laporan, pelakon tinggi lampai itu akan memainkan watak sebagai Yoon Chang-jae dalam drama No Way Out: The Roulette. Di mana dia menyelami skim pembunuhan sengit di luar negara yang menyasarkan hadiah 20 bilion won ke atas hidup orang lain.
BACA: Lee Kwang Soo Ucap Selamat Tinggal Di 3 Lokasi Lama Running Man
Sekadar info, Lee Kwang Soo memulakan kerjayanya sebagai seorang model pada tahun 2007 sebelum debut sebagai seorang pelakon menerusi sitkom berjudul Here He Comes pada tahun 2008. Kemudian, meraih populariti menerusi rancangan Running Man sehingga mendapat gelaran Prince of Asia.
BACA: Lebih 1 Dekad Bersama ‘Running Man’, Lee Kwang Soo Akhirnya Umum Tarik Diri!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.