Indah Rumah Persinggahan Hujung Minggu Tepi Sungai, Konsep Industri Berkeluasan 720Kps

Indah sungguh binaan ‘Tiny House’ berkeluasan 720kps, berkonsepkan Industri milik Puan Azura Baharudin ini. Lokasi rumah yang terletak berhampiran tepi sungai, sekaligus melengkapi konsep industri ini.

Bagi pemilik, rumah seharusnya sederhana tapi menenangkan bukan besar tersergam indah mewah tanpa penghuni yang bisa menggembirakan.

Menurut pemilik, proses pembinaan serta dekorasi ‘tiny house’ ini hanya ambil masa 3 bulan dan ia hanya dijadikan rumah persinggahan pada hujung minggu bersama ahli keluarga tersayang.

“Proses pembinaan rumah serta dekorasi hanya ambil masa 3 bulan. Ini hanya rumah persinggahan hujung minggu atau rumah kebun untuk menikmati suasana kampung di hujung minggu bersama keluarga,” jelas Azura.

Inspirasi & Konsep Tiny House

Berkongsi mengenai inspirasi dalam menghias ‘tiny house’ ini, Azura menjelaskan dia menggabungkan konsep farmhouse barat dan Kampung Malaysia. Rona semulajadi seperti rona kayu dan hitam pula menjadi keutamaan dalam menyerlahkan lagi konsep industri ini.

“Inspirasi rumah tiny house ini dari contoh-contoh farmhouse barat jadi kita gabungkan dengan konsep Kampung Malaysia maka terhasil Tiny House berkonsepkan industrial. Keutamaan sewaktu renovasi dan dekorasi pula adalah tema warna tanpa warna terang hanya fokus natural color seperti color-color kayu dan hitam bagi menampak kan industri nya tu,” kata Azura.

Ruang Kegemaran

Melihat kawasan di sisi rumah, pemilik memilih untuk membuat dapur berkonsep terbuka. Suasana indah sewaktu memasak dan ruang santai menikmati permandangan sungai dan bukit bukau, tidak hairanlah ruang ini menjadi ‘favorite spot’ di rumah ini.

“Ruang kegemaran saya ialah dapur terbuka dan ruang santai diluar rumah yang mana boleh masak sambil menikmati angin luar dan ruang santai duduk minum kopi sambil menikmati permandangan sungai dan bukit bukau,” kongsi Azura.

Perancangan Masa Hadapan

Berkongsi impian masa hadapan bagi tiny house ini, pemilik merancang untuk membina tambahan bilik air yang berbumbung kaca dan akan diletakkan ‘bathtub’ supaya dapat memberi ketenangan sambil melihat awan.

INFO KEDIAMAN:

Nama Pemilik: Azura Baharudin
Usia Kediaman: Mac 2024 (5 bulan)
Konsep: Industrial
Lokasi: Kuala Klawang, Negeri Sembilan
Keluasan Kediaman: 720sqft
Jenis Kediaman: Tiny House
Anggaran Kos: RM69,000 (Rumah Utama) + RM20,000 (dapur terbuka)
Total Kos: RM120-RM130k (Termasuk Dekorasi, Perabot,Landskap)

Spesifikasi Ruang Kediaman:
(1 Dapur Terbuka, 1 Bilik tidur, 1 loteng (ruang tidur), 2 Bilik Air, Balkoni, Ruang Tamu)

Mesti Baca: Design Rumah Mampu Milik, 9 Model Ini Sangat Praktikal Di Malaysia
Baca Lagi Di Sini:A-Frame With Loft, Tiny House 340Kps Rumah Dalam Dusun Durian
Artikel Menarik:Inspirasi Tiny Cottage 420Kps, Tunai Hajat Arwah Suami Bina Rumah Persinggahan Atas Bendang

IMPIANA: Semoga segala perancangan menjadi kenyataan suatu hari nanti dan semoga menjadi inspirasi bagi yang ingin membina rumah persinggahan sebegini.

Sumber: Azura Baharudin

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply