Shopping Barang Baby Di London, Intan Najuwa Teruja Nak Kongsi Dengan Wargamaya!

Pelakon jelita Datin Intan Najuwa yang kini sedang hamil anak pertama memaklumkan dia bakal terbang ke London untuk membeli barang keperluan bayi tidak lama lagi.

Semuanya untuk menyambut buah hati tersayangnya dan suami yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Intan yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama, berkongsi perkara tersebut di akaun Instagramnya.

Tambah Intan lagi, dia dan suami tidak sabar untuk menimang cahaya mata malah teruja untuk berkongsi pilihan barangannya ketika di London nanti.

Bahkan Intan juga turut mendapatkan pelbagai idea melalui Pinterest untuk memilih kelengkapan buat bayinya.

“Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda (pengikut) semua.

“Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pinterest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan,” tulisnya teruja.

Tambah Intan lagi, dia dan suami juga sudah membeli beberapa barangan di Malaysia, manakala selebihnya akan dibeli di luar negara.

“Saya menyediakan keperluan bayi sedikit demi sedikit kerana saya akan berbelanja di London.

“Malah minggu depan saya juga akan ke Sepanyol untuk membeli-belah barangan bayi,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman mendirikan rumahtangga pada Ogos tahun lalu. Intan mengumumkan dirinya hamil pada Julai lalu.

Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply