Salah Pilih Suami, Isteri Derita Seumur Hidup!

Kalau salah pilih suami, hidup anda akan dalam ketakutan, derita air mata. Anak-anak lagilah, takut nak dekat. Kasihannya…

Salah Pilih Suami

Seksa sungguh bila bersuamikan lelaki begini. Dalam hati isteri yang cuba dan usaha bertahan, konon nak bagi peluang. Moga suatu hari baran suami hilang. Bertahan sekalipun isteri, jangan sampai maki hamun suami jadi makanan harian. Kena ajar sayangkan diri sendiri.

Bertindaklah! Jadi berani.. bak kisah benar yang dilalui Firda Ashaary ini. Yang pernah melalui episod paling malang bagi seorang wanita bergelar isteri. Syukurlah.. dengan keberanian yang masih bersisa. Dapat juga melepaskan diri dari suami yang menghamba abdikan isteri sendiri.

Salah Pilih Suami, Bertahun Derita Air Mata

YES!!
Aku setuju, aku pernah dah kena kes gini. Kenal sekejap ja. Dia terus melamar dan nak jumpak famili. Ikhlaslah kata kan?

Konon dia nak berubah jadi orang. Mak aku mulanya setuju tapi lepas tu tak sedap hati mungkin. Dan mak ubah fikiran. Mak cakap, “Tak payah la. Orang tu tetap orang yang sama. Takdak nak berubah mana eh!”

Aku pulak jawab,
“Apa salah bagi peluang dia berubah. Kita pun tak baik mana Mak. Dia tu baik cuma panas baran sikit ja.” Kemain yakin aku membela.

Pendekkan kisah, aku menang. Mak mengalah. Lepas tu baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah. Manisss sangat cinta aku tu. Tapi semua dah terlambat. Aku dah jadi isteri dia yang sah. Hiduplah aku berendam airmata dari hari pertama nikah dan begitulah hari-hari seterusnya.

Walau disimpan dalam ‘mahligai’ tapi kaki dirantai. Hidup diherdik macam bibik. Disuruh duduk, aku duduk. Disuruh berdiri aku perlu berdiri. Sedang menangis aku dipaksa senyum. Dalam sebulan boleh kira dengan jari berapa hari airmata tu tak tumpah. Sampai aku lupa bila masa aku tersenyum. Aku macam patung bernyawa.

Anak-anak Diherdik Tanpa Salah

Anak-anak juga kena tempias barannya. Pedih hati tengok anak-anak diherdik tanpa salah. Aku selalu pertahankan anak-anak walau teruk aku dimaki.

Akhirnya mujurlah Allah tu masih sayangkan aku, dibuka jalan untuk aku bukak langkah seribu. Aku tak toleh lagi dah. Aku pegang tangan anak-anak kiri kanan, sehelai sepinggang aku lari. Walau dia datang melutut, merayu, minta dimaafkan, malah diugut nak disaman dan dituduh nusyuz, aku tak peduli.

Lantak kau lah. Aku takkan ulang kesilapan aku percaya pada orang yang psiko. Cukuplah sekali. Bertahun tragedi tu berlalu, tapi sedetik pun aku tak pernah lupa. Bagai layar perak memapar satu persatu kejadian.

Aku bukan berdendam, jauh sekali nak sedih sebab benda dah lama. Cuma aku sejenis yang susah nak lupa apa orang buat kat aku. Im sorry.

Gais, kajilah dulu dalam luar sebelum terima lamaran. Kenal terus ajak kahwin belum tentu betul-betul ikhlas. Manusia sekarang banyak ja pandai berlakon.

Bukan mudah nak lepas, kalau dah terikat. Ingat tu!


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply