Meraikan ulang tahun GUESS Watches ke-40, jenama jam tangan fesyen terkemuka ini terus unggul dengan mengembalikan nostalgia melalui 4 trend jam ikonik yang meninggalkan kesan mendalam buat pencintanya.
Dilahirkan pada tahun 1984, generasi zaman millennial tentu sangat mengenali jenama jam tangan GUESS yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.
Cukup terkenal di seluruh dunia, jenama ini dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-40 sebagai perintis unggul dalam revolusi jam tangan fesyen yang timeless!
Jam dengan ‘jiwa’ tersendiri. Bagi pencinta jam GUESS, ia bukan sekadar alat penunjuk masa semata-mata tetapi simbol aksesori bergaya yang ikonik.
Sepanjang 40 tahun lalu, terdapat beberapa trend yang dipelopori oleh GUESS Watches dan masih relevan sampai ke saat ini.
CETAKAN HAIWAN
DENIM
LOGO
GLAMOR
Masih ingat lagi koleksi jam GUESS cetakan harimau yang berani? Atau koleksi tali jam denim yang lasak untuk penggemar punk rock dan koleksi motif logo G yang ikonik? Paling manis, koleksi jam dengan tatahan batu-batuan mewah yang glamor seperti mengimbau kenangan membesar bersama yang sukar dilupakan!
“GUESS Watches lebih daripada sekadar jam tangan – ia adalah satu kenyataan gaya dan keperibadian. Sempena ulang tahun ke-40, kami berbangga untuk mengembalikan semula trend-trend ikonik yang telah mentakrifkan jenama jam GUESS dan memberi inspirasi kepada generasi peminat fesyen,” ujar Naib Presiden Pemasaran Global GUESS Watches, Ann Marie Santo.
KOLEKSI KAPSUL
Menggabungkan reka bentuk terkini dan kejuruteraan yang tepat, jam tangan ini mewakili kemuncak kesenian horologi.
Dengan setiap koleksi, GUESS Watches mengajak pemakainya untuk mengekspresikan gaya unik mereka serta memberi keyakinan diri di mana-mana sahaja.
Koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ke-40 yang dinanti-nantikan ini akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh 2024.
Memperkenalkan semula siluet signature yang dinamakan ‘ICONIC 40th’, ia direka khas dengan ciri multi-fungsi yang dinamik sebagai penyata masa yang bergaya.
Case logam kitar semula menyerlahkan inovasi pelapisan unik dengan tatahan batu, manakala dial embossed diperincikan dengan butiran simbolik halus pada angka jam 4 sebagai tanda ulang tahun penting ini.
Paling berharga, bahagian belakang jam diukir khas dengan rona merah ikonik bagi memperingati ulang tahun ke-40 keunggulan GUESS Watches.
Koleksi edisi khas ini ditawarkan bersama kotak eksklusif, cukup sesuai dijadikan koleksi simpanan termanis untuk setiap peminat jam tangan.
Abadikan koleksi Kapsul Edisi Khas Ulang Tahun ini sekarang, kini boleh didapati di butik GUESS terpilih, pengedar sah jam GUESS di seluruh negara serta secara online di GUESS.my.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/eksklusifnya-gaun-princess-rizqaa-majlis-birthday-anak-pereka-fesyen-ini-mewah-genap-usia-3-tahun/
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.