‘Rider’ Penghantar Makanan Pun Miliki PhD Sekarang, Bukan Calang-Calang!

‘Rider’ penghantar makanan bukan pekerjaan asing di Malaysia. Namun jangan pandah rendah mereka ini mungkin mempunyai pendapatan harian yang lebih banyak daripada orang makan gaji.

Malah, ada di antara mereka yang berpendidikan tinggi dan mencari rezeki sambilan. Menjadi penghantar makanan juga membantu mereka menambah pendapatan daripada membuang masa.

Begitu juga usaha rider ini, dia bukan calang-calang orang. Bekerja sambil belajar dalam pengajian tertingginya, Ijazah Kedoktoran.

Jangan Pandang Rendah, Rider Berpelajaran

Segelintir masyarakat beranggapan penghantar makanan adalah mereka yang tidak mempunyai sijil pendidikan. Semuan ini tidak benar. Sebaliknya, mereka ini adalah orang yang tidak memilih pekerjaan mengikut taraf pendidikan yang dimiliki.

Begitu juga dengan penghantar makanan ini, Mohd Akmal Azhar, 36 tahun. Dia bukan calang-calang rider kerana usaha gigih dan kerja kerasnya telah membuahkan hasil dan bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).

“Memang ada pelanggan tanya kenapa saya jadi ‘rider’ Foodpanda, tetapi kemudiannya mereka faham, ini semua adalah untuk ‘survival’

“Jadi, jangan sesekali kita menilai buku hanya dengan melihat kulitnya dan kita tidak boleh pandang rendah kepada penghantar makanan ini sebab bukan semua tiada pelajaran,” katanya

Mphd Akmal mengakui bekerja sebagai penghantar makanan dan dalam masa yang sama menyiapkan tesis PhD adalah sangat mencabar. Dia menghabiskan masa antara 10 hingga 12 jam sehari menghantar makanan yang dipesan pelanggan di sekitar Kuantan.

“Apabila buat penghantaran itu, dapatlah pulangan dan perasaan itu membuatkan saya untuk terus mencari duit selagi boleh.

“Namun, dalam masa sama kita ada tanggungjawab lain kerana kita perlu selesaikan urusan pengajian, jadi saya kena pandai bahagikan masa,” katanya.

Mohd Akmal memperuntukkan masa satu jam sekurang-kurangnya setiap malam bagi penulisan tesis. Dia yang turut memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam Bidang Pengajian Bioteknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata buat masa ini akan meneruskan pekerjaannya sebagai penghantar makanan sementara mendapat tawaran dari mana-mana pihak.

Kurnia Sumbangan Dari Istana Pahang

Kisahnya ini turut menarik perhatian pihak Istana Pahang. Sehingga dia diundang ke Istana Abdul Aziz mengadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dalam pertemuan itu, Tengku Hassanal turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada Mohd Akmal atas kecekalan dan kejayaan beliau menyiapkan tesis pengajian dengan sempurna.

“Tiga tahun pertama saya sememangnya fokus dalam tugasan di makmal. Tahun keempat saya mula fokus dalam penulisan tesis dan perlu mencari sumber pendapatan sendiri bagi membiayai pengajiannya itu.

“Memandangkan ketika itu negara dilanda pandemik Covid-19, justeru saya memilih untuk bekerja di waktu siang sebagai penghantar makanan untuk menambah pendapatan dan menyiapkan penulisan tesis pada waktu malam,” katanya.

Sebelum ini, dia pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang selama enam tahun sebelum kontraknya tidak disambung pada tahun 2017.

Tugas Harian Rider

Katanya, memandangkan jarak antara kediamannya di pekan Gambang ke bandar raya ini kira-kira 50 kilometer, seawal jam 9 pagi, dia sudah keluar dari rumahnya.
“Sekarang saya perlu kerja lebih kuat dan isteri saya baru melahirkan anak ke 6 kami.


.

“Saya akui kerja ini ada risiko, tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya ada juga kerja untuk dijadikan sumber pendapatan,” katanya.

Hebatnya lelaki ni,  siang kerja rider malam jadi pelajar siapkan tesis. Moga terus maju jaya Dr Akmal.

BACA LAGI : Wajib Bangun 530 Pagi Solat Tahajud, Kunci Kejayaan OKU Buta Cemerlang STPM

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Artikel ini diambil dan diolah dari MW.

Sumber: Sinar & Sinarplus


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply