Tolak Isteri Dalam Gaung, Ustaz Beri Pesanan Pada Wanita JANGAN SILAP PILIH SUAMI GILA

Tolak isteri dalam gaung, ustaz beri pesanan pada wanita JANGAN SILAP PILIH SUAMI GILA.
Tindakan seorang suami menolak isteri ke dalam gaung  menarik perhatian ramai betapa nyawa seorang isteri begitu murah jika jatuh ke tangan seorang lelaki yang salah.
Dicekik, dipukul dan ditolak  ke dalam gaung, akhbar melaporkan seorang isteri merangkak dari bawah gaung untuk menyelamatkan dirinya sendiri ke atas bahu jalan selepas mereka dilaporkan bertengkar.
Ekoran tindakan gila itu, seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung dalam satu kejadian di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini, Sabtu lalu.
Lelaki berusia 39 tahun itu diberkas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, Kedah pada Rabu selepas polis menerima laporan daripada mangsa.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 32 tahun dijumpai orang awam dalam keadaan berseorangan di tepi jalan sekitar jam 2 petang.
Isu ini menarik perhatian seorang penceramah, Ustaz Affenddy Mohamad yang menasihati wanita agar tidak salah memilih suami gila sebagai pasangan hidup. Berikut adalah perkongsian darinya.
Mak Ayah,
KALAU TAK NAK JADI MACAM NI,
Nasihatkan Anak Perempuan,
JANGAN SILAP PILIH SUAMI GILA
Saya sebagai ayah, suami dan juga penceramah motivasi, selalu saya risaukan jika pelajar perempuan salah memilih pasangan hidup untuk dijadikan suami nanti. Antara nasihat yang pasti saya ulang dan ulang ialah JANGAN SILAP PILIH SUAMI bila nak kahwin nanti.
Yang jenis panas baran,
kaki pukul,
kaki lepak,
main dadah,
main judi dan malas berkerja ni,
TOLAK JAUH-JAUH!!
Reject terus!
Jangan bagi can!
Walau dia ada rupa dan ada harta.
Jauhkan diri.
Tapi tak mudah.
Bila bercinta, semuanya boleh dilakonkan. Sebab tu saya pesan juga, kena doa dari sekarang biar Allah berikan jodoh yang baik, lembut, jujur dan bertanggungjawab.
Kenapa kena doa dari sekarang?
SEBAB KITA TAK TAHU WAKTU MANA ALLAH AKAN MAKBULKAN DOA KITA.
Bukan anak je kena doa. Mak ayah pun wajib doa. Sama-sama usaha. Sama-sama doa.
Doa sungguh-sungguh kepada Tuhan. Juga perbaiki diri menjadi lebih baik.
Berkawan dalam “circle” yang baik-baik. Dan serahkan kepada Allah jodoh yang baik.
Bila si perempuan dapat suami baran dan kaki pukul, kesian perempuan tu.
Hidupnya pasti sengsara. Susah nak keluar dari ‘penjara’ yang sengsara. Amalkan doa ini ya sebagai ikhtiar.
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Saya juga ada 2 anak perempuan.Moga Allah berikan imam terbaik kepada mereka nanti. Amin.
Baca PANDUAN UNTUK MAK AYAH BILA DAH ADA CALON MENANTU.
Mak ayah, jangan serahkan sepenuhnya pemilihan pasangan kepada anak.

Walau kita tak nak masuk campur sangat, tapi jangan pula lepas tangan. Lakukan perkara-perkara ini:-

1- Kenal calon pasangan anak kita dengan mendalam. Bukan hanya kenal biasa-biasa.

2- Ambil masa “spend time” dengan dia untuk kita kenal hati budi dia. Bukan anak je nak kenal hati budak bakal pasangan dia, kita pun kena buat juga. Eloknya bukan ketika ada anak. Hanya kita dan dia sahaja.

3- Perhatikan sewaktu keluar bersama tu, perangai spontan dia, komunikasi dia, tingkah laku dia dan sebagainya. Banyak benda kita boleh tengok depan mata.

4- Lebih banyak waktu kita spend, lebih banyak benda kita boleh nampak. Mudah nampak.”true colour” dia macamana.

5- Tengok juga macamana dia atasi masalah, kesulitan dan kesukaran. Mudah marah? Hilang pertimbangan? Tak waras? Semua boleh tengok depan mata.

6- Walau dunia sekarang makin maju serba serbi, tapi mak ayah tetap kena masuk campur walau sedikit. Jangan serahkan sepenuhnya kepada anak-anak.

7- Biarlah orang nak cakap ibu bapa kuno pun, asalkan anak-anak kita selamat di tangan orang yang betul.

8- Rasa leceh nak buat? Rasa benda ni simple? Ok, siap sedia lihat anak merana.

9- Sanggup bela anak bertahun-tahun akhirnya sekelip mata hancur masa depan di tangan lelaki durjana?

10- Kembali kepada apa yang Islam ajarkan.
Nota : Grafik di bawah ialah dari akhbar berkenaan isu semasa SUAMI GILA tolak isteri jatuh dalam gaung.
****UPDATE SEMASA ****
1- Rupanya mangsa ialah adik kepasa kawan saya sendiri. Abang dia bagitau saya tadi detail. Katanya adik dia masalah pada tulang belakang di L1 dan L5, semua masalah, pecah dan retak.
2- Gaung tu lebih kurang 10 meter dalam lebih kurang tinggi 3 tingkat bangunan. Katanya lagi, nasib adik dia baik sebab tak ada binatang buas masa tu baham mangsa. Allahuakbar.
SAMA-SAMA KITA DOAKAN KESEMBUHAN BUAT MANGSA. Amin.
-Ustaz Nik Affenddy (UNA)

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Wanita Yang Terjebak Dengan Suami Orang, Mengapa Masih Bertahan, Sedangkan Dia Khianat Dengan Pasangannya

Adik Ipar Selalu Sakitkan Hati, Punca Suami Isteri Bergaduh, Kalau Melampau Sangat, Jauhkan Diri Demi Jaga Mental

Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya, Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply