Tak boleh tengok orang lebih, mesti dengki, anak mungkin ada ‘mentaliti ketam.’ Mentaliti ketam adalah satu fenomena sosial yang boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan dan hubungan sosial anak-anak.
Tak Boleh Tengok Orang Lebih, Mesti Dengki, Anak Mungkin Ada ‘Mentaliti Ketam’
Dalam persekitaran yang sangat kompetitif, anak-anak mungkin melihat kejayaan rakan sebagai ancaman kepada status mereka sendiri. Ini boleh menyebabkan mereka bersikap negatif dan tidak menyokong.
Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Kenapa awak sembunyikan buku kawan awak?”
Ada seorang ibu bawa anak dia ke klinik saya. Dia kata anak dia ni ada perangai suka sabotaj kawan-kawan yang lebih baik pencapaiannya dari dia. Selalu sangat.
Baru-baru ni cikgu beritahu dia sembunyikan buku di mana di dalamnya terdapat kerja rumah kawan dia. Kawan dia ni selalu dapat markah lebih tinggi dari dia.
Tahu tak? Set pemikiran seperti ini kita panggil “Ketam Dalam Baldi” atau “Mentaliti Ketam”
Mentaliti ketam merujuk kepada sikap seseorang yang tidak suka melihat orang lain lebih berjaya, sehingga sanggup menggagalkan usaha orang lain supaya tidak dapat melepasi pencapaian dirinya.
Mudah kata “kalau aku tak dapat, biar semua orang pun tak dapat.”
Istilah ini diambil daripada pemerhatian terhadap perangai ketam di dalam baldi nelayan; jika satu ketam cuba memanjat keluar, ketam-ketam lain akan menariknya kembali supaya semua tetap terperangkap bersama.
Mentaliti Ketam ni bukan terhad kepada kanak-kanak sahaja. Ia boleh juga ada pada orang dewasa. Untuk mengelakkan kita dikuasai mentaliti ini, ada beberapa langkah boleh diambil:
1. Muhasabah Diri
Kenali dan fahami emosi dan tindakan kita sendiri. Tanya diri sendiri kenapa kita cemburu atau tidak senang dengan kejayaan orang lain.
2. Berlapang Dada
Terima hakikat bahawa setiap orang berhak mencapai kejayaan. Jika orang lain berjaya, tidak bermakna kita gagal.
3. Fokus pada Pertumbuhan Sendiri
Alihkan tumpuan dari membandingkan diri dengan orang lain kepada peningkatan diri dan capaian peribadi anda.
4.Tumpang Gembira
Raikan kejayaan orang lain. Ini membantu menjalin hubungan yang positif serta mencipta persekitaran yang sihat di mana semua orang boleh maju.
Semoga kita semua dapat hindari diri dan anak-anak daripada mentaliti begini.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Baca artikel lain juga: Semua Anak Kena Tolong Ibu Ini Kongsi Cara Dengki Dengan Anak, Didik Anak Disiplin
Didik Anak Kena Adil. Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah. Risau Dengki Sesama Sendiri
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1 untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.