Akhirnya penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim yang bakal menamatkan zaman janda dengan dengan lelaki pilihannya, Tunku Eddy Nasruan Adil tidak lama lagi.
Jeslina Hashim Bakal Kahwin
Difahamkan majlis perkahwinan Jeslina atau Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohamed Hashim, 46, dengan kerabat Negeri Sembilan itu akan diadakan di sebuah lokasiu ekskukklusif di ibu negara.
Katanya, semua persiapan sudah disiapkan dan majlis perkahwinan akan berlansung dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Insya-Allah dalam masa terdekat, masanya akan tiba.
“Persiapan semua sudah siap, tunggu hari saja. Boleh kira dengan tangan,” katanya,
Majlis Diadakan Secara Tertutup
Penyanyi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu juga memberitahu tarikh yang dipilih tidak mempunyai sebarang simbolik istimewa.
“Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur. Tiada apa-apa simbolik mengenai tarikh itu, tetapi hari itu merupakan hari yang terbaik untuk tetamu hadir.
“Majlis itu akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja,” katanya yang bakal berbiras pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim selepas ini.
Mengulas mengenai hubungan cinta dengan bakal suami, Jeslina mengakui Tengku Eddy Nasruan Adil merupakan yang lelaki yang baik dan disenangi orang sekeliling.
“Dia sangat baik dan saya sangat mencintai dia. Semua orang yang jumpa akan sayang pada dia.
“Anak-anak saya juga sangat sayang dengan dia,” ujarnya.
Pada November tahun lalu, Tunku Eddy yang juga adik kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa (suami Sarimah), pernah berkongsi hantaran dalam media sosial memberitahu bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan Jeslina.
Difahamkan hubungan cinta mereka sudah terjalin sejak lapan tahun lalu.
Terdahulu, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.