Robin Warren Yang Menemukan Punca Ulcer Perut Meninggal Dunia

Apakah penyebab ulser di dalam perut? Jika anda menjawab ia adalah disebabkan stres dan makanan pedas anda masih termakan dakyah berusia ratusan tahun. Sebab sebenar mengapa ulser perut berlaku hanya diketahui pada tahun 1982 selepas kajian dilakukan oleh Robin Warren dan Barry Marshall. Robin Warren diumumkan telah meninggal dunia tiga hari lalu pada usia 87 tahun.

Untuk sekian lama terdapat kepercayaan bahawa perut manusia adalah steril kerana ia mengandungi asid yang boleh menghancurkan makanan. Tetapi Robin Warren seorang ahli patologi menemukan koloni bater pada bahagian perut yang mengandungi ulser ketika melakukan biopsi ke atas pesakit. Menerusi kajian yang dilakukan bersama Barry Marshall, bakteria Helicobacter pylori berjaya dikenalpasti sebagai penyebab ulser perut.

Helicobacter pylori

Selepas pengumuman dilakukan, kajian Warren dan Marshall pada awalnya tidak diendahkan kerana kepercayaan perut adalah steril dan bakteria tidak boleh hidup di dalamnya. Bagi membuktikan penemuan, Marshall meminum Helicobacter pylori dan dalam masa seminggu sahaja beliau mula menunjukkan simptom sakit perut dan muntah-muntah. Menerusi kamera endoskopi, ulser yang sebelum tiada dalam perut beliau kini dikesan sekaligus mengesahkan penemuan mereka.

Menerusi penemuan ini saintis berjaya mencipta antibiotik yang membolehkan ulser dirawat dan pelbagai lagi teknik rawatan mengawal asid dalam perut. Penyakit yang sebelum ini boleh menyebabkan kematian kini boleh dirawat dengan mudah. Oleh sebab itu pada tahun 2005, Robin Warren dan Barry Marshall dianugerahkan Hadiah Nobel untuk kategori fisiologi dan perubatan.

Baca lanjut di Amanz .


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply