Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis, Biar Jadi Pengajaran Sebab Selalu Ganggu Rakan Sekolah

Ibu bawa anak ke balai Polis, biar jadi pengajaran sebab selalu ganggu rakan sekolah. Oleh kerana anaknya sering menganggu rakan-rakan di sekolah, seorang ibu mengambil langkah drastik dengan membawa anak lelaki berusia 7 tahun ke balai polis.

Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis, Biar Jadi Pengajaran Sebab Selalu Ganggu Rakan Sekolah

Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42, berkata, tindakan tersebut untuk memberi pengajaran sekali gus mendidik anaknya supaya tidak mengulangi kesilapan sama walaupun sudah ditegur berkali-kali.

“Saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyedarkan dia. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya.

“Saya rasa pengajaran inilah yang terbaik untuk dia belajar dan tidak mengulangi kesilapannya,” katanya. 

Tambah Aisyah, dia sering menasihati anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, namun kata-katanya tidak dipedulikan walaupun Muhammad Ziqri merupakan murid cemerlang di sekolah.

Aisyah yang mengambil Muhammad Ziqri sebagai anak angkat sejak berusia lapan hari memberitahu bahawa anaknya suka mengganggu murid lain dan sering ditegur guru.

@aisyahhamzah0 anak bertuah ne ada je dia buat hal balik je sek mesti ada kakak mengadu dia buat hal..rosakkan barang kawan la,gaduh la,arini pukul kawan plak….mcm-macam cara dah ibu buat nasihat,rotan dan br semalam siap tunjuk video azab dalam kubur eh arini buat lg….arini ibu bawa terus ke balai…br ada akal…apepon kredit utk abg polis yg bg kerjasama biarpon suara ibu lg kuat dr abg polis😁🤣#anaksoleh #anakbertuah #fypシ ##fypシ #berandatiktok #muhammadziqri #CapCut ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

“Cikgu dia memang selalu beritahu saya yang Ziqri suka kacau murid lain, tapi tidaklah begitu teruk.

“Tetapi, hari itu sudah melampau kerana kawannya terjatuh dan dahi terkena bucu meja. Itulah sebabnya saya bawa dia ke balai polis untuk beri pengajaran,” ujarnya.

Ditanya mengenai maklum balas daripada pihak polis berkenaan, Aisyah berkata, itu semua lakonan yang dilakukan semata-mata untuk menakutkan anaknya.

Aisyah (kanan) bersama anak bongsu, Muhammad Ziqri (kiri).

Menurutnya, pihak polis di balai itu juga memainkan peranan untuk memberikan pengajaran kepada anaknya selepas dimaklumkan perkara sebenar.

“Memang banyak kali saya beritahu Ziqri untuk jaga perangai, kalau tidak saya nak hantarnya ke balai polis.

“Sampai saja di balai, saya terus beritahu pegawai itu untuk ‘tangkap’ Ziqri dan mereka pun sama-sama membantu bagi menjayakannya,” tambahnya.

Bagaimanapun, selepas kejadian tersebut, Aisyah memaklumkan bahawa Muhammad Ziqri sudah tidak membuat perangai nakal dan mengganggu rakan-rakan sekelas lagi.

“Alhamdulillah, sekarang dia tak ganggu kawan-kawan lain. Mungkin dia ambil pengajaran dengan apa yang saya dah buat,” katanya.

Selain itu, Aisyah turut menyarankan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak terutama mereka yang terlalu aktif.

“Saya faham memang sukar untuk kita jaga anak-anak yang aktif, tetapi setiap anak itu membawa sebuah amanah dan tanggungjawab,” tambahnya ringkas.

Sumber: Sinar Harian 

Baca artikel lain: Pakar Kongsi Tip Bantu Anak Nakal Jadi Baik, Mak Ayah Main Peranan Utama!

Bila Anak Nakal, Jangan Main Sebut Je, Mulut Ibu Memang Masin, Hati-Hati!

Ajaibnya Doa Seorang Ibu, Anak Nakal & Degil Terus Berubah Sikap

 

 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply