Saintis dari Columbia University Mailman School of Public Health dan Butler Columbia Aging Center menerbitkan kajian yang menemukan hubung kait penuaan yang berlaku apabila berlaku kematian orang yang tersayang. Kematian pasangan, ibu bapa atau anak didapati akan mempercepatkan proses penuaan biologi pada tubuh manusia.
Penuaan di peringkat biologi disukat dengan melihat penanda pada DNA. Semakin tua seseorang, semakin tinggi tahap metilasi DNA dapat dikesan. Kajian dilakukan ke atas dua kumpulan umur. Mereka yang sudahpun dewasa dan mereka yang masih remaja. Tahap penuaan dikesan lebih pantas pada mereka yang kehilangan dua atau lebih orang tersayang ketika dewasa.
Penuaan pada tahap biologi dapat dilihat di peringkat sel, tisu dan juga bagaimana organ berfungsi. Isu kesihatan mental, meningkatnya risiko penyakit jantung dan kematian lebih awal dikesan pada golongan yang kehilangan orang tersayang. Penyelidik kini menyarankan kajian yang lebih mendalam serta saranan sokongan ke atas mereka yang kehilangan orang tersayang bagi mengurangkan impak ke atas kesihatan dalam jangka masa terdekat.
Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Jama Network.
Baca lanjut di Amanz .
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.