Hijabi Perlu Berani Ambil ‘Risiko’ Dalam Perhubungan, Erni Zakri Kongsi Cara Dia ‘Menangi’ Hati Pasangan

Selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Ernie Zakri berkongsi cerita mengenai siapa di antara dia dan Syamel yang ‘confess’ terlebih dahulu dalam perhubungan mereka.

Perkara berkenaan didedahkan secara eksklusif oleh Ernie ketika menjadi tetamu jemputan bagi program Studio Sembang yang dikelolakan oleh Amelia Henderson.

“Aku Suka Kau, Kau Tak Balas Tak Apa..” – Ernie Zakri

Pada program bual bicara berkenaan Ernie mengakui, bahawa dia terlebih dahulu mengambil ‘first move’ dalam perhubunganya bersama Syamel apabila nekad membuka mulut dan meluahkan perasaan terhadap Syamel.

“Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’,” kata Ernie.

Artikel berkaitan: Usia Anak Hampir 2 Bulan, Ernie Zakri Bersederhana & Tidak Mahu Membazir Beli Baju Raya Nur Khawla

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian, sekaligus menghiburkan netizen ialah jawapan balas yang diberikan Syamel kepada ‘confession’ yang dilakukan, turut diceritakan oleh Ernie menerusi podcast tersebut.

“Pastu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’,” cerita Ernie lagi.

Sikap Berani Terus Terang Ernie Tuai Pujian Wargamaya!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keberanian Ernie yang terlebih dahulu meluahkan perasaan terhadap insan yang disayanginya.

“Saya confess kena reject. Tahu-tahu dia dah kahwin haha.

“Aku tak seberani Ernie.

“Boleh ke aku buat macam ni?  Hahaha kau tiada keyakinan diri.

“Okay memberi aku semangat untuk membuat first move.

“Dia sangat berani, banyak kali aku tengok part tu,” komen sebahagian netizen.

Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, pasangan penyanyi ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan

Artikel berkaitan: Tak Sabar Nak Balik Rumah Selepas Kerja, Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Bergelar Ibu!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber & Foto: Instagram Ernie Zakri & Youtube Studio Sembang 

Comments

Leave a Reply