Irma Hasmie Berdamai Dengan Takdir, Lebih Tenang Selepas Diduga

Rasa lebih tenang, pelakon dan pengacara, Irma Hasmie meluahkan perasaannya selepas diduga dengan penceraian bersama bekas suami, Redza Syah Azmeer.

Irma, 42, berkata dia berdamai dengan takdir yang ditetapkan Allah SWT tanpa perlu menjaja kisah peribadi.

Irma Hasmie Berdamai Dengan Takdir

Kata pemilik nama Irma Hasmie Ibrahim, dia ingin mengelak daripada terjadinya pelbagai spekulasi tidak benar.

“Apa yang terjadi mengenai rumah tangga saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang. Untuk waktu sekarang, boleh dikatakan saya okay, Alhamdulillah.

Perkara itu terlalu peribadi dan saya rasa masyarakat pun memahami keadaan itu. Saya tak rasa perlu buat apa-apa kenyataan kerana cukup hanya orang terdekat sahaja yang tahu,” kongsinya.

Penceraian Berlaku Diluar Kawalan

Tambah Irma, berita perceraian yang dikongsikan oleh sahabat baiknya, Reen Emran menerusi satu hantaran di Instagram Stories sebelum ini juga berlaku di luar kawalan.

“Ini berlaku di luar kawalan saya sebenarnya. Tentulah orang terdekat dengan saya mengetahui perkara sebenar. Namun itulah saya cakap, kawan sendiri pun saya tak mampu nak kawal tindakannya.

“Mungkin mereka rasa hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

“Saya pun tak boleh cakap lebih-lebih atau kawal kehidupan mereka. Benda itu sudah berlaku pun. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya dengan cara sendiri,” jawabnya lagi.

Anak-anak Bawah Jagaannya

Dalam pada itu, Irma memaklumkan dua anaknya iaitu Syed Irfha,11, dan Irma Nur Naylie,10, kini berada di bawah jagaannya serta dalam keadaan baik.

Alhamdulillah, anak-anak okey, Insya-Allah. Saya syukur sangat-sangat mereka baik-baik belaka semuanya.

Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Terdahulu, media melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir.

Perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Stories pada tanggal 30 April lalu.

Kemudian, lebih mengukuhkan lagi perkara berkenaan apabila bekas suaminya, mengesahkan telah menjalani proses perceraian pada tahun lalu.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply