Harith Iskander & Dr Jezamine Tetap Berbaik Meskipun Sudah Berpisah, Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak

Harith Iskander dan Dr Jezamine tetap berbaik meskipun sudah berpisah, masih bercuti bersama demi anak-anak. Pelawak, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu setelah 14 tahun hidup bersama.

Harith Iskander & Dr Jezamine Tetap Berbaik Meskipun Sudah Berpisah, Masih Bercuti Bersama Demi Anak-anak

Meskipun sudah berpisah namun hubungan Harith dan bekas isterinya masih lagi baik. Harith Iskander, 58, mengakui ada sesetengah pihak pelik melihatnya masih mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri, Dr Jezamine Lim, 41, selepas bercerai pada 25 Julai lalu.

Harith berkata, perceraian bukanlah halangan untuk mereka terus bekerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.

“Kami tak pernah kekok untuk bekerjasama. Kami masih pergi bercuti bersama. Kalau sunyi saya boleh hubungi bekas isteri.

“Cuma orang lain sahaja rasa pelik bila melihat kami masih berbaik meskipun sudah bercerai.

“Kehidupan selepas bercerai masih sama, cuma kami perlu mengambil langkah baharu dan cuba belajar berjalan sekali lagi.

“Itu bukan perkara baharu buat saya kerana pernah melalui pengalaman tidak mempunyai pasangan sebelum berkahwin,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tuntutan hadanah dan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Mengenai penerimaan anak-anak mengenai berita perceraian, pelakon sitkom Jangan Ketawa itu berkata, mereka memahami situasi yang berlaku dan menyifatkannya sebagai isu orang dewasa.

“Penerimaan anak-anak sama sahaja kerana mereka sudah melihat berita perceraian dalam media sosial.

“Lagipun, kami sudah jelaskan kenapa kami perlu ke mahkamah dan ada liputan media.

“Sebelum ini, mereka sudah terdedah dengan situasi ada peminat datang mahu bergambar bersama kami ketika bercuti.

“Mereka faham ini adalah dunia ayah dan ibu mereka. Tapi, kalau di rumah kami biasa sahaja,” jelas Harith.

Perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman antara mereka. Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Sumber: Berita Harian 

 

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply