Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas, Makan Dengan Nasi Panas Memang Padu!

Ikan Kerisi Masak Kicap Pedas, menu yang sangat mudah tapi sangat sedap untuk dinikmati. Makan dengan nasi panas, pinggan licin sampai tiada kesan.

Kalau buntu nak masak apa boleh jadikan menu ini pilihan. Kalau tak ada ikan kerisi guna ikan lain pun sedap juga.

Memang tak dinafikan penggunaan kicap dalam masakan dapat menambahkan lagi rasa pada hidangan yang dimasak. Sedap dan menyelerakan.

IKAN KERISI MASAK KICAP PEKAT PEDAS

6 potongan ikan kerisi(digoreng

1 labu bawang besar(dipotong bulat)

3 ulas bawang putih(dihiris)

7 batang cili padi merah

7 batang cili padi hijau

1 biji tomato

1 sudu kecil serbuk sup

1 sudu kecil serbuk perasa Knorr

Gula 1 sudu besar

5 sudu besar cili kisar

Kicap Manis(cap kipas udang) 4-5 sudu besar

Minyak masak

CARA MEMASAK

1)panaskan minyak,Tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.

2)masukkan cili kisar,Dan masak sehingga pecah minyak(untuk mendapat warna cili Yang cantik,pastikan anda memasak cili dengan API Yang perlahan Dan gaul cili serta masak dengan sempurna)

3)apabila Sudah pecah minyak,masukkan bawang,cili padi,Dan tomato.gaul rata

4)kemudian masukkan kicap manis,gula,Dan serbuk perasa.gaul sebati

5)akhir sekali,masukkan ikan Yang telah digoreng,Gaul rata Dan siap

Kredit: Nurul Ateekah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Ikan Tenggiri Berlado Menu Mudah & Sedap. Nak Pedas Berapi Boleh Guna Cili Padi

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, Dapat Yang Ni Confirm Tak Cari Lauk Lain!

Ikan Tumis Kari Masak Kicap, Menu Tambah Selera. Nak Masak Pun Mudah

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply