Cara Buat Aiskrim Vanilla Homemade Paling Mudah & Sedap. Tekstur Aiskrim Halus Macam Beli

Waktu cuaca panas ini paling nikmat bila dapat makan aiskrim. Kalau selalu aiskrim ini kita beli, boleh cuba pula menghasilkannya sendiri. Paling mudah untuk dibuat adalah aiskrim vanilla.

Bagi yang nak cuba boleh guna cara dan tip yang dikongsi oleh Nur Halim ini. Resipi aiskrim vanilla ini bukan saja sedap tapi teksturnya juga halus dan lembut macam aiskrim yang kita beli. Paling penting caranya mudah, guna blender saja.

Cara buat aiskrim vanilla homemade

Bahan-bahan:

1 tin susu cair
Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan)
1 sudu besar ovalate
2 penutup esen vanilla (lebih sedap guna creamy vanilla)
1 sudu kecil tepung jagung

Cara membuat:

1. Masuk semua bahan dalam blender atau pengisar dan kisar

2. Kisar hingga likat (lebih kurang 5 minit). Nak tahu adunan sudah likat ambil sudu kaup sedikit dan curah. Jika adunan ‘bertali’ tandanya sudah likat.

3. Curah adunan dalam bekas dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras, boleh dimakan.

Tip

  • Sekiranya adunan aiskrim selepas kisar masih cair, tambah satu sudu ovalate. Kemudian tuang semula dalam adunan dalam blender. Kisar lagi hingga likat.
  • Jika ingin menghasilkan aiskrim coklat boleh guna susu coklat dan tambah emulco coklat.

Selamat mencuba

Sumber: Nur Halim

 

Comments

Leave a Reply