Resipi Masak Asam Rebus Ikan Patin, Tip Buang Hanyir Ikan Ini Kena Buat

Antara lauk dari negeri Pahang yang terkenal adalah masak tempoyak ikan patin. Tapi selain hidangan ini, satu lagi yang disukai adalah resipi asam rebus ikan patin.

Lauk ini cukup ringkas tapi enak. Namun paling penting dalam menyediakan asam rebus ikan patin ini adalah ia tidak berbau hanyir. Cara menyediakan asam rebus ikan patin dan tip menghilangkan bau hanyir ikan ini dikongsi oleh Misza Manap.

Resipi asam rebus ikan patin

Bahan-bahan

Ikan patin (ikan lain pun boleh)
Cili kering & cili api
Kunyit hidup
Bawang putih
Lengkuas
Daun kesum
Asam keping
Garam dan serbuk perasa

Cara membuat:

1. Kisar cili kering, cili apo kunyit hidup dan bawang putih. Lengkuas pula ditumbuk kasar.

2. Masukkan air dalam periuk kemudian masukkan bahan kisar, asam keping, daun kesum, ikan, garam dan perasa.

3. Rebus hingga mendidih, bila ikan sudah masak boleh ditutup api.

Tip buang hanyir ikan patin

– Sewaktu membersihkan ikan patin buang urat putih. Kemudian perap ikan patin dengan tepung, asam jawa dan garam.

Sumber: Misza Manap.

 

Comments

Leave a Reply