KKM menggesa menghentikan serta-merta penjualan produk aiskrim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) bagi keselamatan pengguna
ARTIKEL BERKAITAN : Berhenti Guna Produk Kosmetik Ini, Boleh Menyebabkan Saraf & Buah Pinggang Rosak
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan agar semua premis yang menjual aiskrim yang dicampur dengan ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) menghentikan penjualan produk tersebut dengan serta-merta. Ini berlaku selepas KKM menyedari penjualan aiskrim tersebut oleh rangkaian premis jualan ais krim.
KKM menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mendapati aiskrim tersebut disediakan bersama picagari yang berisi ubat batuk Pei Pa Koa. Produk Pei Pa Koa adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM, dan digunakan untuk melegakan sakit tekak dan batuk, tetapi mempunyai kontraindikasi bagi wanita hamil.
Menurut Seksyen 13B (2), Akta Makanan 1983, penyediaan atau penjualan makanan yang diadukkan adalah tidak dibenarkan dan boleh dikenakan denda sehingga RM 20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya. KKM juga mengarahkan agar semua iklan berkaitan produk tersebut dihentikan.
Memohon maaf atas segala kesulitan
Dalam pada itu, syarikat aiskrim Inside Scoop turut menghentikan serta-merta penjualan aiskrim berperisa ubat batuk Pei Pa Koa susulan arahan KKM berkenaan
Syarikat itu dalam satu kenyataan di Instagram berkata, pelanggan yang memesan aiskrim perisa tersebut secara dalam talian boleh meminta pemulangan semula wang.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai sokongan yang diberikan kepada kami,” katanya.
Image via @myinsidescoop (Instagram)
Pihak industri makanan diingatkan untuk mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturannya. Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam membeli produk makanan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, atau melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan Facebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.