Maya Karin ini memang ada pesona tersendiri. Sesiapa saja yang pernah bertentang mata dengan figura ini pasti terpikat dek kecantikan semula jadi Maya. Sering tampil tanpa sebarang solekan, Maya tetap kelihatan yakin dengan diri sendiri.
Pemilik nama Maya Karin Roelcke ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman dan bakal mencecah usia 44 tahun.
Punyai Darah Kacukkan ‘Melayu-German’
Bapanya, Gottfried Roelcke merupakan kelahiran Jerman. Sementara ibunya pula, Che Zan berasal dari Pulau Pinang. Patutlah cantik, ada darah campuran Jerman dan Melayu!
Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun dan kemudian berhijrah ke Malaysia. Dia mempunyai kelulusan dalam bidang media dan pemasaran dari Lim Kok Wing University.
Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001. Lakonan mantap Maya mendapat pujian ramai terutamanya menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, Majika, Ombak Rindu dan Munafik 2.
Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.
Selebriti ini bukan hanya cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan perniagaan. Sebelum ini Maya pernah terlibat dalam bidang hartanah dan berbakat dalam bidang masakan.
Lihat sahaja bagaimana dia mengendalikan bisnes Burger Bakar secara kecil-kecilan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dulu, sampai berjaya membuka beberapa cawangan di Lembah Klang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Boleh Move On, Ini Rahsia Awning Hijab Ayda Jebat Terletak Cantik Je Di…
Maya Karin Tak Hanya Berbakat Besar Dalam Industri Seni, Miliki Kepakaran Dalam Perusahaan Perniagaan!
Namun, perancangan untuk mengembangkan perniagaan burger bakar tersebut ‘putus’ di tengah jalan selepas Maya mengakui ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kejayaan itu.
Aktres jelita ini tidak sepenuhnya bergantung pendapatan sebagai pelakon dan penyanyi semata-mata. Sebaliknya, Maya kreatif menjana pendapatan daripada pelbagai bidang.
Paling penting, tiada sedikit pun istilah malu terbit dalam dirinya untuk mencari rezeki halal. Kagum! Malah, Maya turut mendedahkan pernah berkerja di sebuah kedai kek selepas tamat zaman persekolahan suatu masa dulu.
Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, karakter Maya yang penyayang juga dikagumi. Maya yang merupakan aktivis alam sekitar yang cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke sesuatu destinasi walau hanya menaiki pengangkutan awam.
Malah, dalam usia 40-an Maya masih kekal anggun dan menawan biarpun tanpa solekan tebal di wajah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Artikel berkaitan: Hasilkan Look Ala Emma Maembong, Seri Ibu Hamil Mua Bellaz Pukau Setiap Mata Yang Memandang
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.