Baru-baru ini, seorang pelayan muda di sebuah kafe telah mencuri perhatian ramai apabila kisahnya tular di media sosial kerana tidak yakin dengan penampilannya.
Menerusi hantaran di platform Facebook Hospitality Problems oleh Tracy Truong, pelayan muda itu difahamkan sedang berusaha mengumpul wang untuk menanggung kos perubatan ibunya.
Artikel berkaitan: Remaja Asal Pulau Pinang Berjaya Raih Gelaran Pencatur Termuda International Master
Namun, disebabkan rasa tidak yakin dengan penampilannya, dia menjadi pemalu dan takut untuk melayani pelanggan yang datang ke kafe tersebut.
“Saya tahu dia takut, dan saya mahu dia tahu bahawa saya tidak kisah tentang penampilannya, jadi saya suruh dia teruskan menyajikan pesanan saya,” kata Tracy.
Tracy turut memuji usaha pemuda berkenaan dan berkongsi satu hantaran ringkas mengenai pertemuannya, selain meluahkan betapa gembiranya dia melihat pelayan yang rajin tersebut berani untuk keluar dari zon selesanya.
Artikel berkaitan: Kudung Bukan Alasan Atlet Remaja Muay Thai Ini Tekad Raih Emas Di SUKMA 2024
“Tiada siapa yang boleh memilih bagaimana kita dilahirkan, tetapi kita sentiasa boleh berusaha untuk mengubah takdir kita,” coretnya.
Pemerhatian Remaja mendapati, hantaran itu telah menerima banyak komen daripada netizen yang memberikan sokongan dan pujian kepada pelayan muda tersebut.
“Syabas kepada pemilik yang telah memberi peluang kepadanya,” komen seorang pengguna.
“Sangat menyentuh hati. Semoga Tuhan memberkati pelayan yang luar biasa ini,” komen juga pengguna lain.
“Puji-pujian kepada pemilik yang bukan sahaja memberikan pekerjaan kepadanya, tetapi juga memperlakukannya dengan rasa hormat yang sama seperti semua orang,” puji seorang individu.
SUMBER: Facebook Hospitality Problems
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.