Terpilih Atas Merit, Putri Ariani Kini Bergelar Pelajar Jurusan Undang-Undang Universiti Gadjah Mada

Penyanyi bersuara lunak, Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri kini telah bergelar pelajar Fakulti Undang-Undang di Universiti Gadjah Mada (UGM).

Gadis berusia 19 tahun itu yang memenangi tempat keempat pertandingan America’s Got Talent 2023 diterima masuk ke Fakulti Undang-undang menerusi pengiraan merit menerusi program Search for Excellence in Achievement Seeds.

Bagi Putri Ariani, meritnya dikira atas faktor kecemerlangannya dalam dunia seni yang mana bukan sahaja cemerlang untuk dirinya tetapi berjaya mengharumkan nama Indonesia ke peringkat antarabangsa.

Di laman Instagramnya, kelihatan Putri Ariani dipakaikan jaket almamater kampus oleh Canselor UGM sebagai simbol dia telah sah bergelar pelajar universiti kedua terbaik di Indonesia itu.

Dalam satu hantaran di Instagramnya ada Isnin, Putri Ariani menyatakan perasaan dan rasa teruja bergelar pelajar di universiti itu.

“Saya berasa sangat gembira dan bangga kerana memasuki Universiti Gadja Mada dan menjadi Gamada2024. Bermulalah lembaran baru saya sebagai pelajar undang-undang UGM! Bersedia untuk meneroka ilmu dan membina masa depan yang cerah,” ujarnya.

Memilih untuk mendalami bidang undang-undang, ketika ditemui media tempatan di UGM, dia berkongsi mengapa memilih untuk belajar dalam jurusan tersebut.

BACA JUGA: “Cacat Penglihatan Bukan Alasan Culas Jaga Kecantikan,” – Putri Ariani Cabar Diri Agar Bakat Seiring Rupa!

“Putri memang suka belajar sesuatu yang baharu dan Putri memang berminat untuk belajar dalam jurusan undang-undang.

“Bagi Putri belajar dalam bidang undang-undang boleh membuat kita memiliki wawasan yang lebih luas dan membina minda yang lebih terbuka,” jawabnya apabila diajukan soalan tentang pilihan yang dibuat.

Selain itu, gadis yang manis berhijab ini menambah lagi yang dia  berazam mahu memperkasakan masyarakat sama ada golongan orang kurang upaya (OKU) mahupun normal dan membantu orang di sekelilingnya dengan ilmu yang bakal dipelajari.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply