Ibu Ayah Jangan Sebut Perkataan “Tak Redha’ Kerana Ia Menghalang ‘Laluan’ Anak Ke Syurga

Kata-kata ibu ayah ibarat satu doa dan doa dari orang tua ini adalah termasuk dalam tiga doa yang mustajab.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nai SAW bersabda:
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)

Oleh itu sentiasalah mendoakan kebaikan kepada anak termasuklah Ketika anak melakukan sesuatu yang tidak disenangi. Elakkan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada anak. Terutama sekali perkataan ‘tidak redha’.

Perkataan jika dilafaz oleh ibu ayah ia sebenarnya sudah menghalang laluan anak ke syurga. Demikian menurut perkongsian Ustazah Asma’ Harun dalam satu hantarannya di Facebook baru-baru ini.

Katanya walau apa pun yang berlaku pada anak, akhlak buruk, menyakitkan hati, berubah jangan sesekali sebut pada lidah menyebut tidak redha pada anak.

Saya jumpa ramai ibu ayah, terutamanya ibu, keluar dari mulutnya ayat,
“Saya tak redha ustazah, anak saya buat macam ni, bila dah kahwin, dia lupa saya….”

Saya kata, “kalau ibu sebut perkataan tidak redha, sebenarnya ibu telah mula menghalang laluan anak itu untuk ke syurga.”

” dunia, sakit hati kita tak akan bawa ke mana. Bila mati, dalam kubur, kita mula menyesal dengan perkataan yang kita sebut pada anak, kita akan minta untuk dikembalikan ke dunia untuk kata bahawa kita tetap redha dengan ujian anak.

“Akhirnya kita akan rasa sangat dukacita dan terseksa walaupun kita masuk syurga, sekiranya kita tahu ada anak kita terhalang masuk syurga disebabkan perkataan tidak redha yang kita ungkapkan saat kita hidup di duni,” ujar beliau.

Jelas Ustazah Asma’, Allah akan menguji ibu dan ayah sampai saat nafas akhir, dan kadang-kadang kerana barakah seorang ibu dan ayah tetap redha, tetap maafkan, tetap doakan anak walaupun anak itu menyakitkan hatinya, setelah dia mati Allah izinkan anak itu berubah, Allah jadikan dia anak soleh dan solehah, yang satu-satunya mendoakan kebaikan buat keduanya.

“Walaupun sepanjang hidup ibu ayahnya menunggu anaknya jadi anak baik, namun sampai akhir hayat anaknya tidak berubah. InsyaAllah, selepas meninggal, Allah akan makbulkan doa ibu dan ayahnya,”katanya lagi.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply