Tak mudah nak handle mood pasangan kita, ada masa tenang dan kadang boleh jadi ribut taufan hanya disebabkan masalah kecil.
Bak kata saudara Angkol, bahagia tidak semestinya hari-hari gembira, hari-hari senyum tidak pernah bergaduh dan tidak pernah merajuk langsung sama pasangan.
Tak Boleh Jangka Mood Pasangan
Bila sudah hidup sama-sama mesti ada hari pasangan kita tidak sama pendapat dengan kita. Mesti ada hari pasangan tidak puas dan marah sama kita. Mesti ada hari pasangan tidak mahu tegur kita.
Kalau jadi situasi macam ni jangan cakap hubungan tidak bahagia, sebab kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku sama kehidupan kita esok atau lusa. Kita tidak boleh jangka mood pasangan kita setiap hari. Apa yang seharusnya kita buat, belajar dari kesilapan dan perbetulkan apa salah kita dalam rumah tangga.
Terima Kekurangan dan Kelebihan Pasangan
Kita tidak akan kenal lebih mendalam sama pasangan sebelum kahwin, kita akan kenal pasangan kita 100% bila sudah hidup sama-sama dalam satu keluarga.
Sebab itu segala kekurangan dan kelebihan pasangan seharusnya kita terima. Perbetulkan mana yang salah, tambahkan mana yang kurang. Sentiasa ambil sebagai pengajaran setiap apa yang kita lalui sama pasangan dan sentiasa bersyukur ada orang yang boleh terima kelebihan dan kekurangan kita.
Ingat jangan tunggu bahagia dulu baru bersyukur, tapi bersyukur dulu dan kita akan sentiasa bahagia.
Kepada kawan-kawan yang selalu diketawakan sebab belum jumpa jodoh, teruskan saja mencari yang boleh terima dan sentiasa menghargai kamu tidak kira dalam situasi macam sekalipun sebab ini lebih penting. Jangan peduli orang lain ketawakan kamu sebab masih single, sebab diluar sana ramai yang sudah berpasangan tapi tidak ketawa.
Carilah pasangan yang sentiasa cuba sedaya upaya untuk memahami kamu dari awal perkenalan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.