Rempeyek Kacang Tanah ada snek kudapan yang digemari ramai. Krup krap krup krap bila dimakan. Sangat enak. Mudah sahaja cara pembuatannya. Saudari Wan Husniza Ayu ada kongsikan. Bolehlah cuba buat nanti. Boleh pilih sama ada nak buat Rempeyek Kacang Tanah atau Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis. Dua-dua sedap. Jom cuba!
CARA MEMBUAT REMPEYEK KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras ( cap teratai ) – beli online disini
5 cawan santan ( diperah dari 2 biji kelapa )
2 sudu makan jintan manis – kisar kasar – beli online disini
2 sudu makan jintan putih – kisar kasar – beli online disini
2 sudu makan ketumbar – kisar kasar – beli online disini
2 sudu makan udang kering – kisar halus – beli online disini
1 biji telur gred A
7 ulas bawang putih – kisar dengan santan
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur – beli online disini
Kacang tanah, kacang hijau, kacang dhal & ikan bilis
Minyak masak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
1.Tepung beras di tapis terlebih dahulu untuk buang benda asing yang terdapat dalam tepung.
2. Satukan semua bahan kecuali kekacang dan ikan bilis.
3. Bancuhan yang telah siap diadun.
4. Masukkan anggaran 2 senduk bancuhan ke dalam mangkuk kecil. Masa nak mengoreng baru letak kacang dalam mangkuk. Sedia untuk mengoreng.
5. Tepekkan 1 sudu besar bancuhan di tepi kuali. Kemudian goreng Rempeyek hingga garing dan kekuningan.
6. Hasil Rempeyek yang siap dimasak.
INFO:
1 paket bancuhan tepung tu dapat lah dalam 3 balang @ 3 1/2 balang saiz 3600ml. Bergantung pada berapa besar saiz rempeyek tu.
Rempeyek Kacang Tanah
Rempeyek Kacang Tanah + Ikan Bilis
Kredit resipi & foto: Wan Husniza Ayu
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.