Ikan Tenggiri Berlado menu mudah nak disediakan dan sedap untuk dihidangkan kepada keluarga.
Boleh gunakan cili besar merah atau kalau nak pedas boleh juga gunakan cili padi. Lauk macam ni makan dengan nasi panas memang menyelerakan.
Kalau nak tambah lauk bolehlah goreng telur dadar dengan sedikit ulam dah lengkap hidangan makan malam atau siang anda. Tak rugi untuk cuba mesti teringat-ingat.
IKAN TENGGIRI BERLADO
BAHAN-BAHAN
Ikan( 7-8 keping)
Cili merah 11 batang *
Bawang putih 3 ulas *
Bawang besar ½ biji*
Tomato 1 buah ( belah 4 )
Serai 1 batang ( dikatok )
Daun limau purut 2 helai
Serbuk belacan 1 sudu kecil
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Garam(agak2)
Gula(jika mahu)
P/s : Kisar @tumbuk kasar bahan yang bertanda *
BOLEH GUNAKAN CILI PADI JIKA MAHU MENAMBAH PEDAS DALAM MASAKAN
CARA MEMASAK:
- Lumurkan kunyit Dan garam pada ikan.Panaskan minyak di dalam kuali , masukkan ikan dan goreng sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama , masukkan cili yang telah dikisar tadi , serai dan daun limau purut . Tumis sehingga pecah minyak .
- Kemudian masukkan tomato , serbuk belacan ( dan bahan yg lain). Gaulkan Dan perasakan dengan secukup Rasa yang dimahukan
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan biarkan ianya masak seketika
- Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.
Kredit:Nurul Ateekah
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, Dapat Yang Ni Confirm Tak Cari Lauk Lain!
Ikan Tumis Kari Masak Kicap, Menu Tambah Selera. Nak Masak Pun Mudah
Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari, Mudah & Sedap. Campak-campak Siap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.