Kerepek Biji Durian, Sedap & Rangup. Buat Kunyah-Kunyah Sambil Tengok TV!

Bukan peminat durian namanya kalau tak pernah cuba menu yang satu ni. Kalau dodol, kuih talam, serawa atau durian crepe tu dah biasa dengar kan tapi tak semua tahu tentang kerepek biji durian!

Kalau kebanyakan menu durian manis-manis, kerepek biji durian ni savori dan enak dimakan sebagai kudapan. Nak buat pun tidaklah susah sangat, antara mahu atau tidak je. Untuk anda yang nak cuba buat kerepek biji durian ni, bolehlah cuba resipi dari perkongsian mamadiva2431 ni.

KEREPEK BIJI DURIAN 

Bahan-bahan:
Biji durian
Garam untuk perasakan kerepek
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:
1. Basuh biji durian dan bersihkan kulit luar biji durian.

2. Kemudian, jemur biji durian seharian untuk pastikan ia kering dan tidak lembap.
3. Apabila sudah kering, hirip tipis biji durian.
4. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak panas dan perasakan dengan garam.


5. Jika mahu boleh letakkan serbuk perasa yang lain mengikut citarasa.

Tonton video ni;

@mamadiva2431 Jom kita buat Kudap2 dari biji durian. Korang yang nak sagat tu boleh tekan Beg Kuning ya. #FestiveFood #kudapkudap #kerepekbijidurian #makanlokal #jommasak #kudapkudapmalaysia #mamashima #tiktokshop #receipe #tiktokguru #jalipahfamily #teamswrk #glkl #teamjdt #mamajgndegil #behappy #racuntiktok #christmasmood #affliatemarketing #chtistmasfood ♬ Calm Down – Rerewrpd

Terliur pula! Kalau tengok, memang rangup kerepek ni. Buat mengunyah sambil tengok TV pun boleh. Mesti sedap ala-ala kerepek ubi atau kerepek pisang. Dah alang-alang musim durian ni, bolehlah cuba buat.

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply