Cacat Penglihatan Bukan Halangan Untuk Berjaya, Remaja Ini Rangkul Anugerah Pelajar Terbaik STPM!

Bangkit seawal jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat sunat tahajud setiap hari antara kunci kejayaan remaja ini dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.

Peroleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, usaha tersebut membolehkan pemilik nama Muhamad Rafiuddin Mohamad Hisham, yang juga merupakan Orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2023 bagi Kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK).

Menurut bekas pelajar Tingkatan Enam Institusi St John, Kuala Lumpur itu, dia juga sering mengadakan perbincangan bersama guru-guru sekiranya ada soalan yang tidak faham.

Artikel berkaitan: Pemandu Bas Bangga Anak Cemerlang STPM 2023 -“Saya Sokong Jika Dia Nak Lanjutkan Pengajian Walaupun Pendapat Saya Tak Menentu…”

Sumber: MalaysiaGazette

“Saya akan bangun selewat-lewatnya pada 5.30 pagi dan saya akan sempatkan juga buat solat sunat tahajud dua rakaat, itu wajib setiap hari.

“Selain itu, kalau ada tip-tip daripada guru, itu saya akan ambil perhatian dan selalu buat sesi perbincangan dengan guru jika saya tidak puas hati dengan soalan-soalan tertentu.

“Kerana di Tingkatan Enam, kita pun kena suarakan pendapat kita, bila buat begitu kita akan lebih faham dengan tajuk itu,” katanya.

Artikel berkaitan: Lihat Ibu Bapa Sara Keluarga Sebagai Pemandu Teksi & Tukang Cuci Pendorong Remaja Ini Peroleh 4 Flat STPM 2023!

Sumber: Sinar Harian

Kongsi pelajar cemerlang berusia 20 tahun itu juga, dia mula hilang penglihatannya sejak berumur tiga tahun akibat kanser limfoma.

Bagaimanapun, dia memaklumkan penglihatannya mula pulih selepas menjalani beberapa rawatan termasuk latihan kemoterapi.

“Dalam setahun setengah saya buat rawatan (kemoterapi), dan sekarang saya sudah okey. Sekarang saya sudah tidak buat, tetapi masih ada berjumpa dengan doktor,” ujarnya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Sinar Harian

Comments

Leave a Reply