Nadia Brian Jaga Kecantikan Muka Seawal Usia 16 Tahun

Nadia Brian Jaga Kecantikan Muka. Seperti yang kita tahu, Nadia Brian merupakan seorang pelakon yang sering mendapat pujian ramai dek kerana kecantikannya. Menurut Nadia, rahsia di sebalik kecantikannya merupakan hasil daripada penjagaan rapi sejak usia remaja lagi. Nadia akui bahawa dirinya sudah mula menjaga kecantikan seawal usia 16 tahun, terutama kerana ibunya sendiri merupakan seorang pakar kecantikan yang berpengalaman.

Jaga Kecantikan Muka

Salah satu rahsia kecantikan yang sering Nadia Brian praktikkan dalam kehidupan seharian ialah dengan menggunakan kiub ais pada wajah. Dia menjelaskan bahawa penggunaan kiub ais pada wajah sebelum menjalani penggambaran akan memberikan kesegaran pada kulit mukanya.

Bukan itu sahaja, Nadia turut menekankan kepentingan menjaga kecantikan diri dari segi fizikal dan dalaman sejak awal lagi. Bagi Nadia, penjagaan kulit yang konsisten dan pemilihan produk yang sesuai adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Apabila ditanya berkenaan kerjayanya jika dia bukanlah seorang artis, Nadia terus menjawab bahawa mungkin dia akan menceburi bidang kecantikan dengan menjadi seorang pakar estetik 

“Kalau saya tak jadi artis, mungkin saya akan jadi seorang pakar kecantikan.” kata Nadia sambil tersenyum.

Nadia Brian bukan sahaja menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana, tetapi juga membuktikan bahawa kecantikan bukan sahaja tentang apa yang kita lihat di luar, tetapi juga tentang bagaimana menjaga diri kita dari dalam.

Pelancaran Kireina Wellness Tempat Selamat Buat Wanita

Nadia ditemui ketika pre-pelancaran Kireina Wellness tempoh hari, sebuah pusat kecantikan dengan membawa produk terkenal Exilis by BTL dari Amerika Syarikat.

Puan Azizah Salleh yang merupakan pengasas Kireina Wellness berkata, beliau ingin wanita di luar sana untuk mempunyai tempat selamat untuk berkongsi apa sahaja, dari perkara rutin hinggalah intim. Menurutnya, dengan pembukaan Kireina Welness yang hanya fokus terhadap wanita, semoga ia dapat memberikan ruang untuk para wanita moden   mencurah rasa tanpa segan silu sambil mendapatkan rawatan kecantikan termoden, terkini dan selamat di dunia.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

 

 


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply