Baru-baru ini, tular sebuah komen seseorang mengenai penyanyi terkenal, Seungkwan Seventeen ketika dijemput sebagai tetamu dalam temubual di saluran Youtube BDNS.
Individu yang dikenali sebagai @user-zz5lv9sl4p telah mengaku sebagai kawan sekolah kepada anggota Seventeen tersebut dan berkongsi kisah tentang bagaimana penyanyi itu berani untuk menghadapi pembuli ketika ada pelajar sekolahnya dibuli.
Menurut individu tersebut, ketika di zaman sekolah dia telah dibuli oleh pelajar lain dan dia berasa nasib baik kerana pada saat dirinya dibuli, Seungkwan terlihat kejadian tersebut dan terus membantunya.
“Ketika sekolah rendah dan menengah, saya bersekolah di sekolah yang sama dengan Seungkwan. Kami kenal antara satu sama lain tetapi kami tidaklah terlalu rapat”
“Semasa tahun pertama sekolah menengah, hampir semua pelajar berusaha untuk mendominasi sekolah, tiba-tiba ada seorang pelajar ‘A’ yang saya tak pernah kenal sebelum ini meminta saya wang 100 won tetapi sebab duit saya pada hari tersebut sudah habis. Saya beritahunya bahawa saya tiada duit”
“Disebabkan geram, ‘A’ mencengkam dan menarik baju saya dan memaki saya sebelum dia bergerak semula ke kelas,” katanya.
Jelas individu yang meninggalkan komen itu lagi, dia kecewa apabila diperlakukan seperti itu sehingga Seungkwan yang pada ketika itu belajar di sekolah yang sama dengannya datang mendekati dan membantu dirinya.
“Saya menceritakan semua hal saya dibuli kepada Seungkwan dan dia (Seungkwan) memegang tangan saya dengan erat dan berjanji bahawa kami akan mencari ‘A’ untuk menuntut permintaan maaf”
“Pada awalnya saya menolak sebab takut tapi Seungkwan yakinkan saya jika saya abaikan hal itu. Mungkin saya akan dibuli lagi. Sehingga kami berdua pun pergi ke kelas ‘A’”
Seungkwan dikatakan telah mengajak individu yang juga merupakan mangsa buli itu berjumpa dengan pembuli tersebut dan meminta pembuli untuk membuat permohonan maaf.
Bukan setakat itu, jelasnya penyanyi itu juga berbicara dengan tenang dan memberitahu kesalahan yang dilakukan ‘A’ dengan baik tanpa menghina pembuli tersebut.
Dalam pada itu, individu berkenaan juga mengungkapkan bahawa Seungkwan juga telah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi idola K-Pop sejak sekolah.
Sementara itu di bahagian komen individu tersebut juga ramai yang memuji tindakan Seungkwan kerana berani untuk membela rakan sekolah dengan baik tanpa perlu memburukkan pembuli tersebut.
Walau apa pun, cara Seungkwan menyelesaikan masalah buli seperti ini memang patut dipuji dan dijadikan contoh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.