Bimbang Roh Tak Tenang, Jennifer Coppen Tidak Lagi Pakai Rantai Loket Berisi Abu Mayat Arwah Suami

Pelakon dan Bintang sinetro Indonesia, Jennifer Coppen tampil menjawab persoalan dari warganet mengenai kalung berisi abu mayat  arwah suaminya, Yitta Dali Wassink.

Ini berikutan dirinya yang dilihat tidak lagi mengenakan kalung tersebut yang sebelum ini dikongsikan sebagai satu kenangan cinta yang akan dibawa ke mana-mana sahaja.

Menerusi Broadcast Channel Instagramnya, pelakon filem Akad itu memberi alasan kenapa dia tidak lagi memakai rantai tersebut.

Tindakannya itu juga merupakan hasil Keputusan setelah berbincang bersama ahli keluarga dan juga mereka yang arif dalam hal agama.

“Setelah difikirkan bersama keluarga dan orang ahli agama, kami memutuskan untuk mengembalikan abu mayat Papa Dali dan membiarkannya pergi,” ungkap Jennifer.

Selain itu ibu kepada sorang cahaya mata Perempuan itu turut berkongsi lagi bahawa mereka sekeluarga khuatir arwah suaminya itu tidak tenang kerana tidak sempurna jika abu mayat tidak ditabur ke laut sepenuhnya.

Walaupun tidak lagi menyimpan abu mayat suaminya, Jennier menyatakan bahawa Yitta Dali Wassink akan selalu ada dalam hatinya. Lebih 10 hari suaminya meninggal dunia, dia turut meluah rasa dirinya harus kuat untuk puteri Tunggal mereka.

“Walaupun tiada abu kalung Papa Dali, Papa Dali akan sentiasa berada di hatiku selama-lamanya. Dan aku baik-baik sahaja. Setiap hari aku belajar untuk menjadi lebih kuat dari kelmarin,” tambahnya.

Imbas kembali, Yitta Dali Wassink meninggal dunia pada tanggal 18 Julai yang lalu apabila mengalami kemalangan motosikal.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply