Eh, diam-diam bernikah! Ramai yang teruja dan turut mendoakan yang terbaik buat Sarah Suhairi dan suaminya Aswad Anuar yang telah sah bergelar suami isteri di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Berern Hill, Hulu Langat, pagi tadi.
Kata pelantun lagu Sah ini, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’ kepada tiga orang anak Aswad dari perkahwinan terdahulu. Tambahnya lagi, dia sudah tahu status Aswad semenjak awal perkenalan mereka pada tahun 2020.
Biarpun mengetahui Aswad seorang duda yang mempunyai tiga orang anak, itu tidak menjadi halangan buat pasangan ini untuk menghalalkan hubungan mereka.
Menurut portal Oh Bulan! Sarah juga berkongsi tentang penerimaan baik anak-anak Aswad terhadap dirinya. Anak sulung berumur 14 tahun, kedua 10 tahun serta yang bongsu lapan tahun dan menurut Sarah lagi teman-teman rapatnya juga telah berjumpa dengn kesemua anak perempuan suaminya itu.
“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu.”
Mengimbau detik awal perkenalan, Sarah memberitahu hubungan mereka bermula ketika pertemuan di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara kerana masing-masing meminati sukan berkuda.
“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad juga selain pensyarah adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya juga aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun.”
Tambah Sarah lagi, boleh dikatakan kelompok kawan mereka berdua adalah orang yang sama. Itulah yang membuatkan mereka semakin rapat dan hubungan itu bukanlah rahsia kerana Aswad sering menemani Sarah ke majlis-majlis tertentu. Namun, hubungan mereka tidaklah terlalu didedahkan kerana masih belum ada ikatan yang sah.
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Sarah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Aswad Anuar pada jam 8.29 pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.
Dalam majlis akad nikah yang berlangsung Barern Hill, Hulu Langat itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.
Tahniah dari Keluarga buat Sarah dan Aswad!
Artikel Menarik:
“Saya Takut Mati.” Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Kongsi Kisah Hijrah Pakai Hijab
“Lama Dah Gambar Ni.” Fattah Tunjuk Foto Fazura & Fatima Jadi ‘Wallpaper’ Telefon
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.