China Berjaya Hasilkan Stesen Kuasa Nuklear Komersial Pertama Yang Kalis Melebur

Insiden Chernobyl dan Fukushima berlaku apabila teras reaktor melebur disebabkan kegagalan pada sistem penyejukan aktif. Apabila suhu meningkat tindak balas nuklear tidak lagi boleh dikawal menyebabkan letupan dan teras nuklear reaktor melebur. Akibat Chernobyl, sebahagian kawasan Ukraine tidak lagi boleh diduduki dengan selamat oleh manusia selama ribuan tahun. Bagi mengelakkan tragedi seperti ini berlaku, China mengumumkan kejayaan pembinaan reaktor nuklear pertama yang kalis melebur.

Reaktor dibina di Shidao Bay, provinsi Shandong menggunakan teknologi bahan api dalam bentuk batu kerikil dan ia dibangunkan oleh Tsinghua University. Menerusi rekaan ini bahan api uranium dalam bentuk kerikil kecil akan dimasukkan ke dalam kebuk reaktor tekanan tingi dan berinteraksi dengan moderator karbon. Suhu reaktor tidak akan meningkat melebihi 1600 Celsius yang di bawah suhu melebur 2000 Celcius yang berlaku di Chernobyl. Terdapat dua reaktor kerikil di Shidao Bao setiap satunya mampu menghasilkan 200MWt kuasa.

Haba daripada reaktor akan memanaskan gas hidrogen yang digunakan untuk penyejukan menggunakan pam. Gas hidrogen ini kemudiannya memanaskan pula paip mengandungi air mejadi stim yang menggerakkan turbin generator.

Sekiranya pam penyejuk gagal berfungsi, hidrogen masih akan menyejukkan bahan api secara perolakan. Luas permukaan kerikil menyebabkan kadar penyejukan adalah lebih pantas berbanding kadar penghasilan haba. Dalam ujian yang dilakukan, suhu dan tindak balas nuklear di dalam reaktor kembali stabil 35 jam selepas sistem penyejukan aktif dimatikan. Teknologi reaktor kerikil sudah dicipta di Jerman pada tahun 1960 dan beroperasi sehingga 1988. Ia hanya sekadar reaktor ujian yang tidak menjana kuasa elektrik secara komersial.

Apa yang berlaku di China pada waktu ini ialah peningkatan pembinaan stesen janakuasa elektrik yang tidak menggunakan bahan api fosil. Setiap minggu stesen janakuasa solar dan angin baharu mula beroperasi di China yang bersamaan dengan kuasa dijana reaktor nuklear. Mereka juga telah membina reaktor Thorium yang dilihat lebih bersih berbanding reaktor sedia ada. Ini semua adalah usaha China untuk membersihkan imej sebagai negara yang paling tercemar dunia.

Baca lanjut di Amanz .


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply