Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Suhairi kini sah bergelar isteri kepada pensyarah, Aswad Mohd. Anuar, pada majlis pernikahan yang berlangsung di Berenr Hill Sg Serai, di sini pada pukul 8.30 pagi tadi.
Sarah Suhairi Kahwin
Pasangan mempelai dinikahkan bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan, di hadapan jurunikah Ustaz Ahmad Khaliq Md. Rashid
Penyanyi berusia 24 tahun itu menerima mas kahwin berjumlah RM2,486 dalam bentuk barang kemas bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima.
Suami Status Duda Anak 3
Tanpa sembunyikan, Sarah Suhairi yang selamat bergelar isteri pada pagi Jumaat mendedahkan suaminya adalah seorang duda beranak tiga. Sarah, 24, berkata, sejak daripada awal dia mengetahui status suaminya iaitu Aswad Anuar, 39, malah sudah bertemu dengan anak-anak tirinya.
Tulis Sarah:
Assalamualaikum wbt,
Bersyukur ke hadrat ilahi di hari yang penuh barakah ini, sukacita Sarah ingin mengumumkan kami telah pun selamat di ijab kabul sebagai suami isteri yang sah. Tiada satu pun kata-kata dapat mengungkap perasaan ini melainkan rasa syukur.
Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada Sarah, dan selamanya Sarah terhutang budi dan akan membalas jasa kalian berdua. Untuk seluruh ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa bersama Sarah, tiada satu permata dapat menggantikan betapa bernilainya perhubungan kita sehingga ke hari ini.
Untuk keluarga baru Sarah, terima kasih kerana menerima kehadiran Sarah dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan. Sarah sangat bersyukur dan gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga kalian.
Buat semua peminat yang Sarah hargai dan kasihi, terima kasih menjadi suara dan juga ibarat keluarga Sarah dalam menyusuri dunia seni. Terimalah With You sebagai hadiah daripada Sarah buat semua para peminat.
Kenal 4 Tahun Yang Lalu
Perkenalan antara Sarah dan Aswad, 39, dikatakan bermula sekitar empat tahun lalu sebelum mereka mengikat pertunangan 27 Januari lalu.
Minat yang sama dalam sukan berkuda menjadi pengerat hubungan, sekali gus mencetuskan keserasian mereka.
Seramai 200 tetamu termasuk kenalan terdekat serta saudara mara meraikan mempelai pada majlis tema serba putih tersebut.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.