“Hampir 8 Tahun. Ini Pertama Kali Tengok Surat Ini Semula,” Usaha Pengirim Surat Layang Kes Zulfarhan Dipuji Warganet

Terbaru, tular mengenai penemuan individu yang juga pengirim surat layan kes pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan, 7 tahun yang lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aufa telah menarik perhatian masyarakat di media sosial dan dia turut dihujani ucapan terima kasih daripada rakyat Malaysia atas usahanya yang cuba membantu menyelamatkan arwah Zulfarhan pada ketika itu.

Aiman memberi respon menerusi aplikasi Instagram pada 25 Julai selepas akaun media sosialnya menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini.

Kredit: Instagram Aiman Aufa

“Setelah hampir 8 tahun. Ini pertama kali saya tengok semula surat ini. Selepas saya letak pada hari itu, saya tidak pernah lagi melihat surat itu sehingga sekarang.”

“Ini pun saya tak pasti bagaimana boleh sampai ke public. Apa pun, Al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha. Allah penentu segalanya.”

Kredit: Instagram Aiman Aufa

Sekadar info, Aiman Aufa ketika itu berusia 22 tahun ada memberitahu mahkamah bahawa dia menulis dua pucuk surat layang untuk memaklumkan pihak atasan UPNM mengenai Zulfarhan sedang didera oleh sekumpulan pembuli.

Surat layang pertama diselipkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera (RESAT) pada 23 Mei 2017. Manakala, surat kedua pula diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada 24 Mei 2017 iaitu keesokan harinya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply