Biasanya perempuan bila dah kawin, ada anak, masa untuk diri sendiri pun dah tak ada. Bukan tak mahu cipta hari bahagia sendiri tetapi tak cukup masa.
Ini yang golongan suami kena faham. Sebab itu lah kena toleransi apabila berkahwin. Sama-sama buat mana yang tak siap, jom baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin kejap.
Perempuan Bila Dah Kahwin
Dah tak sempat nak bergaya macam bujang-bujang dulu. Pakai dan tangkap muat apa yang sempat sahaja. Mekap ala kadar, letak yang asas sahaja dan diri pun dah tak berapa nak wangi dah macam dulu-dulu.
Sibuk nak siang ikan, sibuk nak memasak, sibuk nak buat kerja rumah, sibuk nak mengemas, sibuk dengan anak-anak. Kejap lagi suami balik rumah, sibuk nak layan suami pula.
Bila lah nak ada masa untuk diri sendiri.
Nak rehat, nak lapangkan fikiran, nak tenangkan perasaan, nak hilangkan tekanan. Ingatkan bila anak-anak sudah tidur, suami sudah tidur, boleh lah nak buat semua itu tetapi bila letak sahaja kepala, sedar-sedar sudah pagi.
Berterusanlah hari ke hari macam itu.
Esok-esok ini, laki bunyi: “Isteri dah tak cantik, isteri dah berubah bentuk, badan isteri dah tak macam dulu.”
Tetapi suami tak pernah perasan pula yang isteri itu rehat pun tak sempat, tak cukup.
Apatah lagi nak ada masa utk diri sendiri, memanjakan diri sendiri.
Bagi Isteri Me Time
Cuba dalam seminggu itu, bagi isteri off memasak kejap dalam 2 hari. Tak kisah lah hari apa pun, tapi untuk hari itu kena gantung kuali dan biar dapur tak berasap. Lauk suami beli untuk sarapan, tegah hari dan malam.
Suami pula duduk rumah, tak keluar mana-mana. Suami handle anak-anak, suami uruskan anak-anak untuk sehari. Ambil 1 pakej spa untuk isteri, 2 jam ke, 3 jam ke, suruh isteri pergi rehat dan relaks.
Bila bagi ruang ini, auto isteri dapat pulihkan mental, fizikal dan emosinya.
Isteri kita itu penat sebenarnya. Tetapi dia tak boleh rehat sebab kalau rehat, tak ada siapa yang nak buat kerjanya. Itu sahaja kenapa dia buat kerja tanpa henti.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.