Kulit Pisang Baja Terbaik Untuk Pokok Keledek. Hasilnya Ubi Sarat Berisi!

Di kalangan masyarakat Melayu, ubi keledek bukanlah ubi yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Ia sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan, daripada hidangan manis hingga ke gulai.

Jadi alang-alang suka makan ubi keledek ini, apa kata tanam sahaja di halaman rumah. Ketahui trik dan tip untuk pastikan tanaman keledek berisi padat dan sarat.

Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.

Tanam keledek jepun ungu kampung2 stail. Tak pernah buat batas. Tanam satu lubang 3 batang. Dah tumbuh keratan batang kambus tanah sekeliling dan buh baja subur dan baja isi.

Tanam keledek tidak cerewet sangat. Yang penting jaga baja dan siraman sahaja tetapi musim ni hujan kerap turun jadi tak perlu siram. Keledek jenis pokok high feed so baja kena bubuh 2 ke 3 kali dalam tempoh penanaman.

Pertama baja masa tanam, guna kompos dan kapur pertanian. Tabur sahaja di tempat tanaman keledek.

Kedua bubuh baja selepas sebulan iaitu guna baja subur dan baja isi. Tempoh ni kena bagi pokok tu subur, cantik dan pengakaran. Baja isi tu boosterkan untuk hasilkan isi dalam tanah. Pembajaan musim kedua dilakukan 30 hari selepas ditanam. Pada masa ini hanya lebihkan baja subur berbanding baja isi.

Pembajaan ketiga slps 60 hari (2 bln) hanya guna baja isi sahaja dengan baja kompos. Lebihkan baja isi berbanding kompos. Musim ni poko keledek tidak perlu bubuh baja subur sebab pokok dah elok cantik, subur dan shinning. Yang perlu kita tumpuhkan ialah pokok kena berisi dengan banyak so bubuhlah baja isi lebih sedikit. Pembajaan ketiga ini adalah galakkan isi membesar dengan baik.

Tunggu 3 bln lebih sedikit untuk dituai. Dan tengoklah hasilnya.

Tip tambahan menanam keledek versi sendiri:

1. Pilih keratan yang sihat, berbatang besar dan tanpa serangan penyakit agar hasilnya memuaskan.

2. Pokok keledek adalah jenis high feed so perlu bubuh baja, kompos, kepada tanah di mana anda tanam pokok keledek.

3. Pembajaan konsisten pada pokok keledek anda menghasilkan isi yang saiz besar dan cantik.

4. Jika ada kulit pisang buang ditempat batas/tnmn keledek. Kulit pisang kaya dengan megnesium yang diperlukan oleh poko keledek untuk berisi.

5. Untuk teknik tanam dalam gambar, setelah dikambus pangkal tanah, dan pokok akan bertunas dipangkal pokok, kambus bahagian tersebut kerana tunas ini akan hasilkan isi juga selain dalam tanah tu.. so nanti banyak ubi akan terhasil.

Selamat mencuba….

Sumber  : Jusery Jausin

Artikel Menarik: Rupanya Ramai Tak Tahu Tandas Dalam Bilik Tidur Tidak Patuh Syariah

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply