Kisah Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang terkorban tujuh tahun lalu angkara dibuli oleh enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) cukup menyentuh jiwa. Tragis dan tidak berperikemanusiaan! Biarpun takdir sudah tertulis, budaya buli ini tidak harus dipandang ringan. Apatah lagi sampai meragut nyawa.
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Ramai yang menzahirkan rasa marah, sedih dan simpati dengan kisah tersebut.
Pengacara terkenal, Dayah Bakar turut meluahkan suara hatinya di platform media sosial.
Kredit Foto: dayahbakar
Terkesan dengan kisah Allahyarham Zulfarhan, Dayah yang merupakan isteri kepada seorang tentera iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi memuat naik satu hantaran di akaun Instagramnya.
View this post on Instagram
“Bullying in any kind is unacceptable. Apatah lagi sehingga meragut nyawa.
“Budaya buli tidak harus dipandang ringan. Berapa ramai lagi yang akan terus menjadi mangsa? Berapa ramai lagi pembuli mendabik dada mampu tersenyum dan berbangga?
“Say NO to bullying. May we not be them, may we not raise them. may we STOP them!”
Kredit Foto: dayahbakar
Tegas ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, satu langkah dan pilihan kita boleh meninggalkan kesan kepada hidup seseorang.
“You can choose to be the villain or the hero, but in this matter you just need to be a human.”
Kredit Foto: dayahbakar
Dalam hantaran yang sama, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar turut memuat naik satu gambar surat layang yang ditulis lapan tahun lalu dan ia kini sedang tular di media soial.
Surat tersebut dipercayai ditulis oleh seorang pelajar lelaki dikenali sebagai Muhammad Aiman Aufa yang juga rakan seuniversiti dengan Allahyarham Zulfarhan.
Kredit Foto: dayahbakar
Semoga kisah Allahyarham Zulfarhan menjadi pengajaran buat semua seterusnya sentiasa cakna dengan isu ini.
Untuk info, Allahyarham Zulfarhan merupakan Pegawai Kadet Laut dan bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017 kerana dibuli dan didera sehingga menyebabkan kematian disebabkan kecederaan parah, lebam serta melecur seluruh badan. Allahyarham Zulfarhan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Mahkamah Rayuan menyifatkan apa yang berlaku terhadap Allahyarham Zulfarhan sebagai kes jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
Al-fatihah (dibaca) buat Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.