Setuju dengan kenyataan Datin Seri Shahida mengenai cabaran hidup berumah tangga. Baik suami mahupun isteri, masing-masing perlu bijak menangani ujian melayari bahtera perkahwinan agar ikatan cinta yang dibina sentiasa mekar dan berkekalan.
17 tahun berkahwin dengan usahawan ternama, Dato’ Seri Aliff Syukri pastinya satu tempoh yang mencabar bagi Datin Seri Shahida. Walau hampir dua dekad namun dia mengakui masih dalam fasa mengenali karakter suami dengan lebih mendalam.
Rahsia Rumahtangga ‘Bahagia’ Dua Dekad Datin Shahida
Mengulas menjaga keharmonian rumah tangga, ini jawapan jujur yang diberikan oleh Datin Seri Shahida, ketika ditemubual oleh team MH.
View this post on Instagram
“Dalam rumah tangga ada pasang ada surutnya, ada mesra ada gaduhnya dan ada bertengkar dan ada romantiknya. Nikmati saat-saat manis bersama kerana momen manis itulah yang akan memujuk hati kita bila bergaduh.
“Terima baik buruk pasangan kita kerana dia juga manusia biasa. Tidak akan ada manusia yang benar-benar sempurna termasuk diri kita sendiri.
“Setiap suami ada busuknya, semua isteri ada masamnya. Terima dengan redha dan carilah wanginya untuk kita nikmati bersama,” ujarnya.
Datin Seri Shahida berkata demikian ketika menghadiri majlis gilang-gemilang Nona Superwoman Award bersama Dato’ Seri Aliff Syukri.
Dia yang kini bergelar ibu kepada enam cahaya mata akui sudah masak dengan ujian rumahtangga. Malah, kini lebih berilmu untuk menangani masalah demikian. Datin, Shahida yang kelihatan berseri-seri akui kini hidup bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.
Dalam pada itu, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa bangga melihat ramai usahawan-usahawan wanita hebat dan berkaliber yang menerima pengiktirafan pada majlis berkenaan. Malah, dia berharap lebih ramai lagi individu berjaya pada masa akan datang.
Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff berkahwin pada Ogos 2007, dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi Raudhah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Datin Shahida
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.