Kontroversi besar melanda dunia fesyen dan sukan baru-baru ini apabila model terkenal, Bella Hadid telah dipecat dari Adidas atas kontroversi yang melibatkan sokongannya terhadap Palestin.
Ia susulan Adidas melancarkan iklan terbaru mereka sempena peringatan Olimpik Munich 1972, di mana Bella Hadid dipilih sebagai model untuk mempromosikan kasut sukan SL72 yang pertama kali dilancarkan pada acara tersebut.
Walau bagaimanapun, kempen yang sepatutnya meriah itu berubah menjadi sebuah kontroversi apabila Israel mengkritik pemilihan Bella Hadid sebagai model Adidas.
Kredit: Elle
Kritikan itu berlandaskan 11 atlet Israel dibunuh oleh penyerang Palestin ketika suatu tragedi berlaku di Munich. Israel turut menuduh Bella Hadid sebagai anti-semitik dan menyatakan bahawa pelantikannya sebagai model itu tidak patut berlaku.
Disebabkan desakan dan tekanan daripada pelbagai pihak, termasuk di media sosial yang menyuarakan rasa kurang senang terhadap jenama terkenal itu. Adidas telah mengambil keputusan mendadak dengan ‘memecat’ atau membatalkan Bella Hadid dari mana-mana kempen iklan mereka.
Dalam pada itu, sebarang bentuk promosi yang melibatkan Bella, bermula dari poster hingga video telah ditarik semula secara berperingkat.
Kredit: Page Six
Jenama Adidas juga turut mengeluarkan permintaan maaf kepada model berusia 28 tahun itu atas insiden yang berlaku. Mereka turut menyatakan bahawa mereka khilaf dan tidak sedar implikasi sensitif daripada pemilihan Bella sebagai model.
Meskipun begitu, Bella Hadid tetap mendapat sokongan dari orang ramai dan kini Adidas pula telah mendapat kritikan ramai pihak.
Susulan itu, Bella Hadid dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang selepas dipecat sebagai model Adidas. Model itu turut berpendapat bahawa Adidas telah gagal bertanggungjawab atas keputusan mereka dan telah memburukkan nama baiknya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.